Yasmin Hani
Yasmin Hani
HAMPIR dua tahun bergelar suami isteri, akhirnya pasangan selebriti Yasmin Hani dan Khairul Anuar Hussin atau Shamrin, bakal menimang cahaya mata pertama sedikit masa lagi.

Berita gembira tersebut dikongsi Yasmin menerusi akaun Instagramnya dan memohon agar peminat mendoakan segalanya berjalan lancar.

Menurut Yasmin, sudah tiba masanya untuk dia mengumumkan usia kandungannya yang sudah menjangkau 16 minggu.

“Helo semua! Hari ini adalah hari istimewa kerana kami merasakan sudah tiba masa untuk berkongsi berita gembira ini bersama anda semua.

"Syukur Alhamdulillah, kami bakal menyambut ahli keluarga baru dalam keluarga kami," kata Yasmin.