Friday, June 7, 2013
Senaman air Aquazumba
KAUM wanita memang mengidamkan bentuk badan menarik. Pelbagai kaedah pasti dicuba bagi memastikan impian itu menjadi kenyataan.
Apa kata, anda mencuba teknik senaman dalam air yang dikenali sebagai Aquazumba yang ditawarkan oleh Celebrity Fitness Malaysia (Celebrity Fitness).
Senaman tersebut bukan sahaja menyeronokkan malah ia mampu membakar sehingga 400 kalori dalam tempoh masa 45 minit. Senaman itu juga menggunakan gerakan tarian sambil mengikut rentak muzik Latin.
Anda tidak perlu bimbang kerana tenaga pengajar pengalaman, Maria Teresa Stone akan membimbing aktiviti senaman tersebut.
Kelas latihan Aquazumba itu merupakan yang pertama di Asia dan diperkenalkan oleh Celebrity Fitness bagi meningkatkan kecergasan badan dan kesihatan peserta.
Latihan tersebut adalah selamat dan lebih mencabar kerana peluh lebih banyak dikeluarkan ketika melakukan senaman di dalam air. Ia baik untuk jantung dan pembentukan semula struktur badan.
Maria berkata, individu yang bersemangat amat sesuai menyertai Aquazumba. Walaupun nampak mudah, aktiviti yang dilakukan menggunakan banyak gerakan otot badan termasuk lengan dan kaki.
“Pergerakan akan menjadi perlahan disebabkan rintangan air namun senaman yang dibuat tetap berkesan. Ia juga sesuai untuk mereka yang menghidap sakit tulang belakang.
“Saya rasa gembira kerana Celebrity Fitness mengambil langkah pertama memperkenalkan teknik senaman ini di Malaysia. Ia pasti memberikan pengalaman berbeza,” katanya sebelum memulakan aktiviti tersebut di kolam renang Celebrity Fitness, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ahli-ahli Celebrity Fitness turut berpeluang menyertai Aquazumba secara percuma di cawangannya yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur.
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Celebrity Fitness di talian 1300-222-348 atau layari laman web www.celebrityfitness.com.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: