Monday, June 3, 2013

'Disko mini' resort kena serbu


SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang ditahan dalam disko mini di apartmen sebuah resort di Port Dickson semalam.


PORT DICKSON – Tindakan 50 pengunjung yang menjadikan apartmen di sebuah resort di sini sebagai ‘disko mini’ untuk berhibur sambil mengambil dadah beramai-ramai dalam satu pesta liar mengundang padah apabila 27 daripadanya diberkas selepas didapati positif ekstasi semalam.
Serbuan pukul 3 pagi itu dilakukan selepas polis menerima maklumat dari penyewa lain yang tidak tahan apabila diganggu dengan bunyi muzik yang kuat selain mendapati kumpulan itu menari dalam keadaan khayal tanpa mempedulikan orang lain.
Difahamkan, kesemua pengunjung berusia antara 17 hingga 27 tahun terdiri daripada 38 lelaki dan 12 wanita itu datang dari negeri ini, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor. Mereka telah menyewa apartmen tersebut sejak kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: