Berdasarkan laporan portal Phuket Wan, hasil siasatan awal mendapati seorang lelaki Malaysia mengupah lelaki Malaysia lain bersama isterinya yang juga warga Thailand untuk merancang serangan terhadap rombongan kerabat diraja itu, yang menginap di Patong’s Millennium Resort.
Komander Polis Phuket, Mejar Jeneral Chote Chawanwiwat berkata, polis Thailand kini melancarkan operasi memburu dalang utama termasuk dua lagi warga Malaysia yang terlibat dalam serangan itu.
“Bagaimanapun motif serangan masih belum dikenal pasti, polis masih mendapatkan maklumat daripada suspek yang ditahan. Polis juga belum putuskan kemungkinan untuk dakwaan percubaan membunuh,” katanya, yang dipetik daripada Phuket Wan.
Dalam kejadian itu, Pembantu Khas, Mohd Sobri Said cedera berlumuran darah apabila diserang dalam bilik hotel apabila empat lelaki memecah masuk lalu menyerang mangsa.
Bilik yang pada mulanya dikhaskan untuk Tunku Annuar, ditukar di saat akhir dengan Mohd Sobri, berikutan mangsa berasa tidak sedap hati seolah akan berlaku perkara buruk.
Kelmarin, dua suspek, Prakong Lisopa, 31, dan Sakorn Lisopa, 30, ditahan bagi membantu siasatan. Sakorn ditahan di daerah Sadao ketika cuba melarikan diri ke Malaysia manakala Prakong ditahan di daerah Sikao di Wilayah Trang, di rumah sewanya selepas meninggalkan Phuket.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: