
ATHENS - Sekumpulan penunjuk perasaan membaling batu dan sampah yang dibakar ke arah anggota-anggota pasukan polis semalam.
Kejadian itu berlaku semasa satu perarakan bagi mengingati ulang tahun pertama insiden polis menembak mati seorang remaja yang mencetuskan rusuhan besar-besaran diadakan di sini.
Polis kemudian menembak gas pemedih mata ke arah kumpulan remaja berkenaan di pusat bandar Athens semasa ribuan penunjuk perasaan berarak bagi memperingati kematian remaja berusia 15 tahun itu, Alexandros Grigoropoulos.
Grigoropoulos ditembak oleh seorang anggota polis pada petang 6 Disember tahun lalu.

Beberapa jam selepas kematiannya, rusuhan meletus di ibu kota berkenaan sebelum ia merebak ke bandar-bandar lain di Greece selama dua minggu.
Penunjuk-penunjuk perasaan turut memecahkan tingkap sebuah bank, menterbalikkan beberapa tong sampah dan melontar batu serta mercun ke arah polis pencegah rusuhan.
Pihak berkuasa berkata, seramai 48 orang ditahan kerana merusuh manakala sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan cedera dalam beberapa pertempuran dengan polis.
Di Medan Syntagma tengah Athens, polis bermotosikal mengejar penunjuk perasaan manakala beberapa remaja dilihat menendang anggota-anggota polis dan menolak motosikal mereka.
Di Universiti Athens, penunjuk-penunjuk perasaan bertopeng menyerbu sebuah bangunan dan menurunkan bendera negara Greece sebelum menggantikannya dengan bendera anarki berwarna hitam dan merah.
Lebih 6,000 anggota polis dikerah di sekitar Athens apabila pihak berkuasa menjangkakan demonstrasi itu di beberapa bandar lain akan bertukar menjadi ganas.
itu bodoh namanya
ReplyDelete