LAPAN peserta yang diumumkan akan membintangi filem Ratu sebagai watak utama. |
Sepuluh finalis bukan saja cantik malah memiliki tahap disiplin yang tinggi
BERBAKAT, komitmen, cantik, tinggi, bergaya dan disiplin antara kriteria yang dimiliki 10 peserta akhir yang terpilih untuk mengikuti penggambaran filem Ratu terbitan tiga syarikat Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd (LCMP), Alternate Pictures dan Wayang Studios Intertainment.
Filem ke-30 arahan Prof Madya A Razak Mohaideen yang menjalani penggambaran pada 29 November lalu akhirnya berjaya menemui 10 peserta daripada 1,000 yang hadir ke sesi uji bakat di seluruh negara. Daripada jumlah itu, hanya 26 disenarai pendek dan menetapkan hanya 18 peserta untuk menjalani pelbagai latihan selama dua minggu bersama 13 tenaga pengajar profesional.
“Sepanjang menjalani uji bakat di seluruh negara, kami menemui ramai gadis yang cantik dan jelita tetapi tidak boleh berlakon. Bakat bagi kami terlalu penting kerana kami tidak mahu ambil yang tangkap muat saja.
“Selain berbakat kita juga mementingkan rupa paras yang cantik, ketinggian yang sudah ditetapkan, komitmen, disiplin dan apa saja kelebihan lain seperti menyanyi dan menari.
A Razak Mohaideen |
“Pemilihan lapan daripada 18 peserta ini disaring selepas mereka menjalani pelbagai ujian dan kursus selama dua minggu. Memandangkan dua daripada mereka ini menunjukkan komitmen tinggi dan bakat yang cerah di dalam bidang lakonan, kami sepakat untuk menambahkan dua lagi watak menjadikan 10 peserta utama yang akan membintangi filem ini,” katanya.
Sepanjang dua minggu bermula 9 hingga 20 November lalu, 18 peserta ini diberikan pelbagai kursus dan ujian intensif yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kampus Puncak Alam, Shah Alam,
“Biarpun masa dua minggu diperuntukkan adalah suatu masa yang singkat untuk 18 peserta ini mendalami secara teori dunia lakonan, namun inilah cabaran yang mereka harus tempuhi secara intensif bersama tenaga profesional.
“Seramai 18 peserta ini didedahkan dengan pelbagai aspek lakonan, produksi dan hubungan bersama media sebagai teori awal sebelum mereka melangkah ke dunia realiti industri perfileman sebenar.
“Memandangkan masa hanya dua minggu saja diberikan, latihan mereka agak intensif bermula awal pagi hingga awal pagi esoknya. Antara pembelajaran yang diberikan termasuklah, penghayatan, aspresi, vokal, mimik, hubungan bersama media dan beberapa aspek lain lagi.
“Kesemua 18 peserta ini diberi pendedahan bersama tenaga profesional seperti Aminah Raphor, Hamzah Tahir, Mazlan Tahir, Fatimah Abu Bakar, Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah; Presiden Persatuan Sutradara Malaysia, Ahmad Ibrahim; pengarah Yusry Abdul Halim; Pengarang Hiburan B*pop, Akmal Abdullah, Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh, dan pensyarah Fakulti
Teknologi Kreatif & Artistik UiTM, Umi Kalthom.
Menurut Razak, filem yang berkonsep ‘adventure triller’ pertama di negara ini dengan memperkenalkan konsep realiti program sudah mendapat ilham sejak tiga tahun yang lalu, namun disebabkan tiada penajaan ia terpaksa ditangguhkan.
“Idea cerita ini diilhamkan saya sendiri dan sepatutnya ia dijadikan program realiti TV tiga tahun lalu. Bagaimanapun, ia gagal kerana masalah penaja, namun kini kami sudah bersedia untuk memulakan filem ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: