Friday, December 25, 2009

PM Kemboja dakwa Thailand rancang rampasan

PHNOM PENH - Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen semalam mendakwa jirannya, Thailand sedang melakukan persediaan untuk melakukan satu rampasan kuasa terhadap kerajaannya.

Kenyataan itu merupakan perang mulut terbaru antara kedua-dua negara selepas Kemboja mengumumkan pelantikan bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat ekonomi.

Hun Sen mendakwa beliau melihat dokumen rahsia Thailand yang menggariskan rancangan untuk melancarkan rampasan kuasa itu. Menurutnya, beliau sudah memberitahu pemerintah Kemboha, Raja Norodom mengenai perbuatan jahat itu.

Hun Sen berkata, beliau turut melihat dokumen tersebut yang menunjukkan Thailand menimbang untuk melancarkan perang terhadap negaranya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: