![]() |
| |
LONDON - Tembelang seorang pengurus kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris yang sudah beristeri pecah apabila dia ditemui pihak media Britain semasa mengunjungi sebuah rumah pelacuran di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, undang-undang privasi Britain melarang media negara itu daripada mendedahkan identiti pengurus berkenaan.
Pengurus bola sepak itu yang sudah mempunyai beberapa orang anak dilihat keluar masuk dari rumah pelacuran tersebut yang terletak dalam sebuah kawasan industri.
Sebelum ini, pengurus yang memperoleh gaji lumayan lebih £1 juta (RM5.4 juta) setahun itu pernah beberapa kali dilihat berada di luar rumah pelacuran itu yang mengupah wanita Thai dan rantau Timur Jauh untuk bekerja sebagai tukang urut.
Pada Oktober lepas, dia menghabiskan masa lebih sejam di dalam rumah pelacuran tersebut.
Pelacur-pelacur di situ menawarkan khidmat mereka dengan bayaran mencecah £130 (RM712) sejam.
Ketika ditanya wartawan sama ada dia mengetahui bangunan setingkat yang dikunjunginya adalah rumah pelacuran, pengurus berkenaan tanpa segan silu mengaku bahawa dia menyedarinya.
Beberapa jam selepas berita tersebut disiar akhbar The Sun, laman-laman web peminat bola sepak dibanjiri dengan spekulasi tentang identiti pengurus itu.
Ramai penyumbang dapat memberikan nama pengurus itu dan kelab yang diwakilinya dengan tepat.
Menurut akhbar itu, pintu masuk ke dalam bangunan itu berwarna putih dan sentiasa berkunci manakala individu yang mahu berurusan perlu menggunakan sistem interkom pada pintu berkenaan.
Terdapat sebuah mesin basuh dan timbunan tuala putih di foyer premis itu.
Pengurus itu bukan yang pertama dikaitkan dengan skandal pelacuran.
Pada Oktober 1987, Pengurus Tottenham Hotspur, David Pleat (gambar) meletak jawatan setelah media mendedahkan dia diberi amaran kerana melanggan pelacur.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: