Sunday, December 13, 2009

Naysilla Mirdad peluk Islam?


Naysilla Mirdad


PELAKON drama bersiri popular, Naysilla Mirdad dikhabarkan telah memeluk agama Islam. Khabar terbaru ini menular apabila seorang jurufoto berjaya merakam gambar Naysilla sedang menunaikan solat sunat Aidil Adha di kawasan Pondok Indah, Jakarta baru-baru ini.

Apabila persoalan ini diajukan kepada Naysilla, dia tidak banyak memberi komen. Katanya, setiap agama mengajar benda yang baik, tiada satupun agama yang membenarkan penganutnya berbuat jahat. Tiada sebarang pengakuan yang keluar dari bibir gadis manis ini.

Naysilla ialah anak kepada pelakon veteran Lydia Kandou dan Jamal Mirdad. Perkahwinan antara Lydia dan Jamal suatu waktu dahulu mengundang kontroversi bila Lydia beragama Kristian dan Jamal beragama Islam.

Menurut persepakatan mereka, jika anak yang dilahirkan perempuan maka anak tersebut akan mengikut agama Lydia begitu juga sebaliknya.

Namun kini, gosip Naysilla telah memeluk Islam begitu hangat diperkatakan. Naysilla juga dikatakan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.

Walaupun Naysilla tidak mahu mengakui tentang status agamanya itu, peminatnya berasakan bahawa ini adalah satu perkembangan yang baik terutamanya dalam hubungannya dengan Dude Herlino. Kedua-dua bintang drama bersiri itu digosipkan pernah ada hubungan istimewa namun terdapat sedikit halangan apabila berbeza agama.

1 comment:

  1. Asalamualaikum..saya buaklah arif dalam agama tetapi jika perkahwinan tampa menukar agama akan meletakkan anak anak didalam delima alhamdulillah di Malaysia tidak mengamalkan perkahwinan tampa menukar agama

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: