Saturday, December 26, 2009
Lapor ke Aduan Rakyat
Menjelang tahun baru, pelbagai perancangan dan strategi rapi telah disusun oleh TV3 untuk memenuhi cita rasa jutaan penontonnya. Selain memberi maklumat terkini dan hiburan sensasi, TV3 juga tidak pernah leka dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya.
Khas untuk tahun 2010, nantikan kemunculan program majalah terbaru ‘Aduan Rakyat’ dengan ‘tagline’ ‘TV3 Ambil Berat’ mula bersiaran 6 Januari 2010, setiap Rabu, jam 9 malam selama 26 episod.
Program ‘Aduan Rakyat' menyediakan platform untuk menerima aduan dari masyarakat umum tidak mengira kaum. Rakyat boleh membuat aduan tentang masalah komuniti, kerosakan harta benda awam, ketidakadilan dalam isu pengguna, kekurangan dalam infrastruktur kepada golongan kurang upaya, isu berkenaan pengangkutan awam, penjelasan mengenai perkhidmatan sektor awam dan lain-lain lagi.
Demi perubahan secara positif untuk kebaikan semua, Aduan Rakyat menggunakan kaedah yang lebih sistematik dalam penyelesaian masalah yang diketengahkan. Aduan-aduan yang dipaparkan dalam setiap episod bukan sahaja membawa jalan penyelesaian kepada individu terbabit malah ia juga boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja yang terlibat di dalam situasi yang serupa.
Datuk Ahmad Talib, Pengarah Eksekutif, Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad berkata, program tersebut bukan bertujuan mengaibkan atau menuding jari mencari salah mana-mana pihak.
“Misi utama program Aduan Rakyat ialah untuk membincangkan isu yang diketengahkan sambil mengenal pasti kekurangan dalam sistem dan berusaha untuk mendapatkan penyelesaian yang manfaat dengan kerjasama antara kerajaan tempatan, pemaju, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga rakyat. Secara amnya, aduan-aduan yang diterima akan cuba diselesaikan untuk kebaikan semua pihak yang terbabit.
“Namun, pihak kami juga perlu mengambil-kira pelbagai kemungkinan yang dihadapi. Sudah tentu ada isu-isu yang memerlukan lebih perhatian kerana agak mustahil bagi krew penerbitan untuk memberi bantuan dan penyelesaian kepada semua kes atas faktor waktu yang singkat. Apa yang penting melalui program ini sekurang-kurangnya kes-kes rumit yang dihadapi rakyat akan mendapat perhatian sewajarnya,” katanya
Uniknya, para penonton boleh mengetahui mengenai penyelesaian sesuatu kes dalam paparan Buletin Utama terlebih dahulu sebelum mengikuti perkembangan dan susulan selanjutnya dalam Aduan Rakyat. Selain membuat panggilan atau menghantar emel ke aduanrakyat@tv3.com.my, para penonton juga boleh mengisi borang aduan yang disediakan di peti ‘Aduan Rakyat’ di setiap lokasi Karnival Jom Heboh pada tahun depan serta melayari laman web www.tv3.com.my/aduanrakyat.
‘Aduan Rakyat’ dikendalikan oleh sepasukan wartawan penyiaran yang berkaliber, Karam Singh Walia, baru-baru ini memenangi Laporan Berita Terbaik untuk Anugerah Skrin 2009, Jaffry Azman Dahalan, Puspavathy Ramaloo dan Loo Tung Seang. Jangan lupa mengikuti perkembangan dan laporan pasukan Aduan Rakyat setiap hari Rabu, jam 9 malam mulai 6 Januari 2010, hanya di TV3!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I would say it is a good act and keep it up, the only thing many are afraid to put in their comment in the TV3 official web as they required the log in of personal idnetification and other personal detail.
ReplyDeleteWe understand this it to prevent prank,however it also prevent more genuine comment,as many are affraid of unforseen matter may arrise.
salam,saya adalah warga sabah dan berasal dr kg kulambai kupang.saya ingin meluahkan rasa kekesalan berkaitan dgn pemasangan paip sejak bertahun2 lamanya belum lagi d rasai oleh penduduk kg kulambai kupang.klu tdk silap 3 thn yg lepas pernah d rasmi kan pemberian paip d kg berkenaan tetapi sehingga hr ini belum ada saluran paip pun d bina..d mana silap nya.kami warga kulambai kupang ingin jwpn.saya ingin tv3/aduan rakyat ini merungkai masalah ini.adakah kesilapan dr wakil rakyat yg d tuduh mkn duit rakyat.sekian terima kasih.
ReplyDeleteNEGERI SABAH DI BANJIRI OLEH WARGA ASING/PENDATANG YANG MENETAP DI SINI WALAUPUN TANPA DOKUMEN PERJALANAN YANG SAH.YANG LEBIH MEMBURUKKAN KEADAAN IALAH APABILA MEREKA TERGOLANG SEBAGAI SAMSENG YANG MERBAHAYA DAN MENGANCAM KESELAMATAN PENDUDUK TEMPATAN DI SINI.LEBIH LEBIH LAGI,SEBILANGAN BESAR MEREKA TERLIBAT DALAM PENINGKATAN KES JENAYAH.SAYA HARAP PIHAK KERAJAAN DAPAT MENGATASI MASALAH INI DENGAN MENGHANTAR SAMSENG SAMSENG YANG MERBAHAYA INI PULANG KE NEGARA ASAL MEREKA KERANA SEKIRANYA PIHAK KERAJAAN TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN,KESELAMATAN PENDUDUK TEMPATAN AKAN TERANCAM DAN MUNGKIN MENJADI MANGSA KEJAHATAN WARGA ASING INI SEPERTI YANG TERJADI SELAMA INI TERDAPAT WARGA ASING YANG MEMUKUL PENDUDUK TEMPATAN.SAYA SANGAT BERHARAP PIHAK KERAJAAN AKAN MEMBUKA MATA DAN JANGAN PURA PURA TIDAK TAHU DALAM HAL INI.KERAJAAN SEHARUS NYA MENGURANG KAN WARGA ASING DI NEGARA INI TERUTAMA DI NEGERI SABAH.
ReplyDeletesaya pengerusi jkkkp kampung makam mahsuri, langkawi ingin membuat aduan tentang tempat letak kereta di kota mahsuri yang tidak mencukupi.ini menyukarkan kepada penduduk kampung ini kerana setiap musim cuti ramai pelancong-pelancong yang datang mengunjungi kota mahsuri telah meletakkan kenderaan di bahu jalan kerana petak-petak tidak mencukupi.saya telah membuat aduan kepada pihak PBT dan LADA sehingga kini masalah tersebut tidak dapat diatasi lagi.saya amat mengalu-alukan pembangunan di tempat saya.tapi hendaklah pembangunan yang tidak menyusahkan penduduk.
ReplyDeleteassalamualaikum wbt.. sy mmpnyai kwn yg kini berada d sbh yg mn mmpnyai mslh ketiadaan IC sndri. mslh ini blum lg slesai oleh krn phk JPN kota kinabalu blum lg mnyelesaikn mslh yg trtggh begitu lama shnggalah kenalan sy kini brumur 18 thun. oleh krn ketiadaan Ic sndri beliau trpkse mnngghkn keinginnnye utk mnymbng bljr selama 1 thun. sy mnta jasa baik phk tertntu dpt mnyelesaikan mslh nie scpt mgkn spya kenalan sy dan ssiapa yg snasib dgnnye dpt mneruskn cita2 yg mmbabitkn pggunaan IC sprti smbng belajar ke ipt2.
ReplyDeleteAssalamualaikum.. saya dari lundu sarawak. tinggal di sebuah kampung yang boleh dikategorikan paling besar di Daerah Lundu. Malangnya sesuatu yang pelik berlaku di kampung saya. Isu pertama ialah berkaitan jalan. Apabila dekat nak pilihan raya pelbagai kemudahan/ projek ditawarkan atau dijanjikan oleh pihak tertentu sama ada dari kerajaan atau pembakang. Sama halnya di kampung saya berkaitan jalan masuk ke halaman rumah. Jalan masuk ke rumah anak buah ketua kampung sahaja kebanyakannya di turap oleh MDL. Macam saya salah seorang penduduk kampung ini ingin juga merasa jalan raya menuju ke rumah saya diturap seperti orang lain tetapi sehingga kini seolah-olah menunggu bulan jatuh dari langit/ angkasa. Pada pendapat saya kalau kerajaan nak bagi projek menurap jalan ke halaman rumah penduduk kampung di daerah lundu ini, janganlah serah bulat-bulat dengan ketua kampung. Buatlah kerja sedikit sebab kalau dibiarkan, hanya org tertentu sahaja dapat jalan ke rumahnya diturap. Dengan kata lainnya orang yang ada bau bacang dengan ketua kampung akan dapat walaupun orang lain lebih layak lagi.
ReplyDeleteIsu kedua ialah cukai rumah. Kalau orang yang rumahnya sudah lama bayar murah belasan ringgit setahun.Rumah baru dibina pula bayaran cukai rumah ratus-ratus. Kata pegawai yang ditemui boleh merayu kalau tidak mahu bayaran tinggi. Bagi saya, tidak juga menjadi masalah membayar cukai rumah tetapi biarlah berpada-pada dan janganlah jarak rumah baru dan rumah lama sangatjauh bayaran cukai rumahnya. Cukai rumah ratus-ratus tetapi api jalan tidak ada, tong sampah tidak dibekalkan. Cakappun sekadar melepaskan rasa tidak puas hati bukan ada tindakan apa-apa pun. kalau pun ada tindakan tunggu dekat-dekat nak pilihan raya yang baru nanti.
asalamualaikum..saya wakil peniaga dari UP TOWN KELANA JAYA ingin membuat aduan tentang temapt yg kami niagakan barangan kami suram dan lengang.UP TOWN ini sudah beroperasi selama 4 bulan tetapi sehinga sekarang para peniaga masih belum mendapat hasil yg membanggakan malah ada segelintir peniaga mengalami kerugian setiap bulan dengan bayaran sewa rm 350,barang niaga rosak dan lain lain lagi. walaupon setiap minggu pihak pengurusan telah menjemput artis dan telah mengedarkan surat promosi tetapi ini tidak memuaskan...dengan ini diharap agar pihak yg berkenaan datang ke UP TOWN KELANA JAYA melihat sendiri tempat mencari rezeki para peniaga yg rungsing..
ReplyDeletesaya penduduk di mentakab pahang kecewa dgn pihak berkuasa tak ambil tindakan kepada kedai yg menjual cd cetak rompak di bandar mentakab berdekatan dengan pasar malam mentakab
ReplyDeleteSebagai penyokong pembangunan negara. Ingin meminta tv3 untuk datang ke Miri sarawak untuk memantau pembangunan dan gaya hidup orang pedalaman di lapok Miri. Sudah lebih 20 tahun miri membangun tapi gaya hidup di daerah lapok miri tiada perubahan. Tiada kemudahan jalan raya yang baik, kemudahan air, Klinik berdekatan dan kemudahan yang sepatutnya untuk orang yang tinggal di sekitar pekan Lapok. Kebanyakkan orang2 yang tinggal berdekatan pekan Lapok Miri adalah bangsa Iban, Kayan, kenyah, Penan dan punan. Agak2 ada 500 rumah panjang yang berdekatan dan sekurang kurangnya 10,000 orang. Saya tidak berpuas hati dengan pihak yang sepatutnya membangunkan pekan lapok dan sekitar nya. Kerana Lapok hanya mengambil masa 1 jam 45 min dari Bandar Miri tetapi sampai ke hari ini. Tiada jalan raya yang berturap, bekelan air yang bersih, bekelan elektrik hanya ke tempat tertentu saja, kabel telefon di lapok, klinik untuk orang tempatan di kawasan Lapok dan banyak lagi kemudahan yang sepatutnya ada untuk orang tempatan. Kalau krew tv3 dan rancangan aduan rakyat tv3 ini ikhlas ingin mendengar aduan rakyat dan mendedahkan "pembangunan" kononnya. Datang lah ke Lapok Miri dan saya sedia menbantu krew tv3 memantau kawasan ini. Adakah orang2 di Lapok atau sekitarnya maju mengikut pembangunan seperti yang dikatakan oleh wakil rakyat atau mundur atau di sisih kan dari pembangunan. Dari Miri ke Lapok hanya mengambil masa 1 jam 30 min mengunakan kenderaan pancuan 4 roda tetapi jauh ketinggalan sedangkan keningau, kudat, kulim etc, tempat yang jauh dari bandar atau bandar raya dapat lebih maju dari lapok. Ini pun wakil raya bangga konon nya. Kalau aduan rakyat tv3 datang dan dedah kan kemunduran rakyat di lapok miri. Saya puji keberanian, keikhlasan dan semangat 1 malaysia krew2 tv3. Saya mengadu di sini kerana tiada yang mengambil endah tentang aduan rakyat di sini. Tv3 lah yang pertama kalau datang dan mendengar aduan ini dan beribu rakyat di Lapok memuji krew tv3.
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM WBT, SAYA HASSAN, S/U KEJIRANAN DAN KESELAMATAN KARIAH BT 7,PEKAN MERU,KLANG SELANGOR,BANJIRI OLEH WARGA ASING/PENDATANG TANPA IZIN (PATI),DI PEKAN MERU, TAMAN DAYA MERU, JALAN TERATAI,YANG MENETAP DI SINI WALAUPUN TANPA DOKUMEN PERJALANAN YANG SAH.YANG LEBIH MEMBURUKKAN KEADAAN IALAH APABILA MEREKA BERNIAGA DALAM TEMPAT KEDIAMAN,MENJUAL ARAK PELBAGAI JENIS,KAMI TIDAK TAHAN DENGAN TINDAK LAKU WARGA ASING INI,MABUK,GADUH,MENGHALANG JALAN UTK LALUAN KEDIAMAN KAMI, MENGANCAM KESELAMATAN PENDUDUK TEMPATAN DI SINI.KAMI JUGA PERNAH LAPORKAN PADA PIHAK MAJLIS PERBANDARAAN KLANG,BEBERAPA KALI, TETAPI TIDAK ADA TINDAKAN TEGAS OLEH MAJLIS PERBANDARAAN KLANG,
ReplyDeleteTERSEBUT.DAN JUGA KAMI PERNAH MASUKKAN DALAM SURAT KHABAR BERITA HARIAN(Edisi Sentral)PADA 20.01.2011, KAMI TELAH MEMBUAT ADUAN BERTULIS KEPADA KETUA PENGARAH,JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA,SURAT YANG BERTARIKH 24.05.2011.KAMI HARAP PIHAK KERAJAAN MENGATASI MASALAH KAMI INI. DENGAN MENGAMBIL TINDAKKAN TEGAS, SEKIRANYA PIHAK KERAJAAN TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP PATI INI KESELAMATAN PENDUDUK TEMPATAN AKAN TERANCAM DAN MUNGKIN MENJADI MANGSA KEJAHATAN WARGA ASING INI SEPERTI YANG TERJADI SELAMA INI TERDAPAT WARGA ASING YANG MEMUKUL PENDUDUK TEMPATAN.SAYA SANGAT BERHARAP PIHAK KERAJAAN AKAN MEMBUKA MATA, DAN MAJLIS PERBANDARAAN KLANG JANGAN PURA PURA TIDAK TAHU DALAM HAL INI.KAMI PENDUDUK TEMPATAN BERBESAR HATI SEKIRANYA PIHAK KREW ADUAN RAKYAT TURUN PADANG UTK MELIHAT.........UTK HUBUNGI(S. HASSAN 012-9743019)
salam,saya adalah wakil pembeli rumah di jalan kopi, meru klang, pihak pembeli ingin meluahkan rasa kekesalan berkaitan dgn tidak persiapkan projek perumahan seperti di janji manis pemaju sejak bertahun2 dari tahun 2004 hingga sekarang lamanya belum lagi d rasai oleh kami. kami dah banyak kali hubungi pemaju tersebut tetapi tidak ada penyelesaian. ingin jwpn.kami ingin tv3/aduan rakyat ini merungkai masalah kami ini.sekian terima kasih. aduanrakyat ambil berat harapan kami semua.............pembeli
ReplyDeleteSaya Arsad B. Taha ingin membuat aduan mengenai bekalan air di kawasan perumahan kami Taman Warisan Fasa 1C Jalan Tengah Nipah Lahad Datu Sabah, masalah ini berlarutan sebaik sahaja paip air diubah suai oleh pihak JBA negeri Sabah. Kemuskilan saya ialah mengapa kawasan perumahan setinggan dan kawasan Perumahan bersebelahan Taman perumahan kami tiada masalah seperti di tempat kami, adakah kerana ada kepentingan tersendiri atau mahu di beri duit sebagai rasuah baru ada bekalan air? Sudahlah bekalan air diberi 2hari sekali itu pun kadangkala sehingga 4 dan 6 hari baru dapat bekalan. Atau sehingga ada pergaduhan diantara penduduk dengan JBA baru ada kesudahannya, tolong selesaikan masalah kami ini. Terima kasih..
ReplyDeleteawat pakat adu kat sini, pi adu kat email aduan rakyat la. klako la korang ni hak3
ReplyDeleteA.H BASIT 017-3703307 Kelantan
ReplyDeleteToday I used Airasia on line and booked flight ticket from Kl to Penang;After doing all the necessary I confirmed and made payment by Visa Credit card;I overlooked the forced "convenience fees" of RM 8.00 for a payment of RM131.00 ie a payment of 6% for using my Visa that was already made compulsary to be paid.Is this legal? If yes then why only Air asia does this and not firefly and Mas and the rest of businesses that allow payments by credit card?Is Visa aware of this? if yes why only Tony Fernendez does this and no other businesses that I have made payments by credit cards?If I remember correctly once my friend argued with the owners of a chinese paint business who did the same and upon checking with VISA we were told it is ILLEGAL and no one can charge any "interest" ,conveniently termed as "convenience fees" by Tony, for any payment by any credit card;If Air asia gets away scots free then I am afraid every other businesses can do the same; this would result in all others start charging fees too.
I hope this matter will be investigated and the culprits brought to remedy the situation;
I WOULD like to highlight the lack of security at the Sungai Buloh KTM Komuter station car park.
ReplyDeleteI commute daily from Sungai Buloh to Kuala Lumpur via KTM Komuter and I park my car in the station’s car park.
I was absolutely horrified when, on returning from work one recent Friday, I discovered that my car had been stolen.
I immediately sought help from the car park staff but they just shrugged, saying they did not know anything.
Despite the increase in parking fee from RM2 to RM3 in October – which is relatively higher than fees charged at other KTM Komuter stations – nothing has changed.
There is no CCTV in the car park. There are also no tickets issued to the owners of the cars parked there in the morning.
This means anyone can drive off with the cars parked there, as there is no way the staff would know who the rightful owners of the vehicles are.
When I made my police report, I was informed that there had been other reports of car thefts at the Sungai Buloh KTM Komuter station car park yet no action had been taken by the car park management to improve security.
Car park operators should not be allowed to use the disclaimer: “Park At Your Own Risk.”
For the fees we pay, we definitely deserve better security and services.
I urge KTM Komuter to assess the quality of security and services provided by the cark park operators at their stations.
They should also make the use of CCTVs compulsory in all their car parks.
HELPLESS VICTIM,
Sungai Buloh
salam semuanya kepada aduan rakyat tv3... selamat hari raya
ReplyDeleteassalammulaikum...saya wakil dari penggawal keselamatan sekolah- sekolah daerah kota tinggi johor khususnya kawasan pengerang ingin membuat aduan mengenai gaji pengawal yang sehingga kini tidak dinaikkan. dari itu aduan rakyat tv3 dapat membuat liputan mengenai masalah ini.. sekian tarima kasih
ReplyDeletesalam semua kepada aduan rakyat tv3
ReplyDeletesalam sejahtera kpd krew aduan rakyat...saya wakil kpd pnduduk kg pantai weng baling kedah..saya ingin membuat aduan tentang keuzuran jambatan gantung di kg pantai weng baling,jambatan ini mghubungkan penduduk kg k tanah besar, jambatan ini telah d bina hampir 20 thun dhulu dan sudah beberapa kali jmbatan ini rosak akibat banjir..atas kesukaran untuk memohon bantuan drpada pihak yg bertngjawab kami terpaksa mencari langkah lain seperti membaiki sendiri, bru2 ini terdapat kematian kami terpaksa membawa mayat menyeberangi sungai akibat jambatan yg terlalu sempit dan uzur itu...sudah beberapa kali permohonan jambatan ini dbuat kpd phak yg berkenaan tp sampai sekrg tiada tindakan apa2 ibarat mencurahkan air d daun keladi...sudah berapa kali akhbar sinar utara, harian metro mendedahkan berita tntg masalah ini tp tiada penhujungnya... ada pihak yg dtng melawat tp hnya memberi jawapan" kami akan cuba selesaikan masalah ini"...janji2 manis yg d beri..di kg ini jg terdapat org kurang upaya dan warga emas, jd kemugkinan besar jika masalah ini tidak di atasi sesutu yg buruk mungkin akan belaku,saya berharap pihak2 atasan memainkan peranan dalam isu ini...kami tidak impikan jambatan emas cukup la jambatn yg boleh anak cucu kami melaluinya...sekian..keperihatinan aduan rakyat amat di harapkan untuk kmi penduduk kg pantai, weng baling kedah....
ReplyDeletehilang status kewarganegaraan,perlis
ReplyDeleteperkara ini merujuk kepada ayah sya yang hilang status warganegara sejak tahun 2005 sekaligus hilang kewarganegaraan.sbelum tahun 2005 ayah mempunyai lesen memandu,kad kwsp,kad mengundi,sijil kahwin termasuklh sijil lahir kami juga tertulis'kewarganegaraan'ayah ,tetapi apbila k/p status ayah sebagai pemegang k/p malaysia juga hlang.pelbagai usaha telah diikhtiarkan tetapi mnemui jalan bu tu termasuklah berjumpa adun dan menteri besar sendiri surat telah dihantar kepada setiausaha bahagian pendaftaran dan pertubuhan iaitu Y.BHG Datin Jariah Bt Mohd Said melalui Menteri dalam negeri tetapi tiaa jawapan yang diterima.oleh yang demikian saya sebagai anak ingn memnolong ayah sya mendapat kembali status kewarganegaraan beliau .antara kesukaran yang ketara ialah -
1.kesukaran ayah pergi bekerja bekeja kerana tiada lesen memandu
2.adik sya yang berusia 2 tahun tidk dpat di'bin'ka nma ayah kerana ayah tiada status kewarganegaraan
3.tahun depan sya di tingkatan 1 mnakala abang di tingkatan 4 kesukrannya ialah kemasukan ke sekolah menengh memerlukan kad pengenalan k/p ayah dan emak
4.kami belum lagi membuat akaun simpanan bank PTPTN kerana ayah tiada k/p
kesipulannya segala urusan harian dan rasmi sukar dilaukan tanpa k/p ....sekian...keprihatinan aduan rakyat amat dihargai untuk kami sekeluarga .
salam.saya adalah seorang pelajar sekolah menengah.saya ingin membuat aduan tentang jalan menuju sekolah saya.saya tinggal di kedah darul aman,di kulim,lunas.jalan menuju ke sekolah saya amat sempit..dan susah untuk pergi sekolah..kerana jalan itulah pelajar yang berjalan kaki dan ibu bapa yang menghantar anaknya ke sekolah.jalan itu amat bahaya dan sempit.mohon kerjasam dari pihak aduan rakyat.
ReplyDeletemohon kerjasama semua pihak berkuasa tentang masalah pendatang asing haram,kawasan sungai buloh selangor banyak pendatang yang haram terutamanya dari kemboja..jln gajah 23,jln gjh 16,jln gajah 15..kami penduduk setempat bimbang akan berlaku kegiatan jenayah dan kegiatan tidak bermoral di tempat kami...minta tindakan segera.
ReplyDeleteassalamualaikum....sy wakil penduduk dari kampung wek machang memohon kerjasama daripada pihak yang berkenaan meninjau dan membaiki jalan masuk ke kg wek kerana keadaan jalanya sangat teruk.. sekiranya banjir berlaku kami penduduk kampung terputus hubungan dengan orang luas sekali gus menyukarkan kami mendapatkan keperluan harian...aduan telah dibuat kepada yang berkenaan namun hasilnya hampa..saya memohon kepada pihak aduan rakyat yang cakna prihatin datang memantau dan menolong penduduk di kampung ini yang telah lama menderita masalah berkaitan jalan ini....
ReplyDeleteMAZIYANA BINTI MOHD NOOR
KG WEK CHERODOK
18500
MACHANG
jalan raya pasir puteh rosak hanya sekadar menampung sahaja dan bila yg dtampung pecah tiada siapa yg ambil tau dan hanya meletak papan tanda jln rosak.dimana jkr semasa jln perlu dbaiki sdgkan kemalangan sering berlaku dsebabkan jln rosak begitu juga jln machang
ReplyDeletejalan raya btu 6 lot s dimana jalan rya yang ber lubang dimana jkr sekarang ni makan gaji butakahh bila mahu baiki jalan tu sandakan
ReplyDeletePENDUDUK KUNDASANG MASIH GUNA AIR GRAVITI
ReplyDeletePemimpin datang dan pergi, silih-berganti tetapi penduduk Kundasang masih menggunakan air graviti.Tak perlu tunggu musim hujan, sekali hujan lebat menerjah maka air yang keluar dari mulut paip warnanya macam milo, macam kopi o pun memang biasa.Bilalah nak dapat air yang bersih, agaknya.BN menang besar di Kundasang.
Salam kepada crew aduan rakyat..,,
ReplyDeleteSaya berada di sini nak tanya sikit.,harap jangan marah jer..,,
Saya ingin mengemukakan soalan.,kenapa Crew aduan rakyat tidak pernah membuat liputan di sarawak.,sedangkan sarawak juga merupakan dalam kelompok 1 Malaysia kan..,,adakah penduduk di sarawak ini memang disisihkan atau memang tidak diberi perhatian.?saya berharap crew aduanrakyat menjawab soalan saya..
salam seluruh crew aduan rakyat...saya dr kg.gjh,teluk intan perak.Tolong siasat kakitangan pej.daerah dan tanah dikawasan saya yg tidak menjalankan tugas dgn telus.Begitu juga dgn sikap ADUN dan WAKIL RAKYAT dikawasan ini yg tidak menunaikan janji dan hanya mementingkan diri dan pengaruh semata2.Pemberian tanah pertanian kepada penduduk yg begitu lama tertangguh dan pembahagian yg saya rasakan tidak berapa adil.Khusus kpd perkara ini yg mendatangkan ketidak puas hatian kpd sesetengah penduduk yg rata2 terdiri dari warga miskin.Sikap ADUN dan WAKIL RAKYAT yg sambil lewa dan hanya mementingkan kroni semata2 mahu mnjaga kedudukan dan pengaruh amat dikesali.Setiap aduan yg dibuat tidak dilayan.Ada khbar mngatakan yg WAKIL RAKYAT,ADUN serta pegawai2 yg trbabit telah kenyang memakan hasil dari tanah tersebut yg telah dijadikan tanah pertanian berkelompok kelapa sawit.Maka apakah lg alasan yg mereka nak berikan kpd kami.?.apakah mahu menunggu pilihanraya??.Berikanlah hak kami.Selidiklah setiap sijil lahir kami agar tanah tersebut benar2 diberikan kpd yg benar2 penduduk asal.
ReplyDelete