
di kalangan penduduk Taman Bangi Perdana, Bangi.
BANGI - Penduduk di Taman Bangi Perdana di Bandar Baru Bangi di sini pernah diancam masalah mendapan yang serius sejak beberapa tahun lalu dan kini bakal berhadapan dengan bahaya yang lebih besar.
Masalah mendapan dan pencemaran lebih kronik dijangka berlaku apabila kerja-kerja tanah secara haram bagi projek perumahan baru berlaku di kawasan rizab sungai yang terletak hanya kira-kira 200 meter dari taman tersebut.
Rata-rata penduduk melahirkan rasa risau dan mempersoalkan kenapa rizab sungai yang sepatutnya menjadi zon hijau turut diceroboh atas nama pembangunan tanpa sebarang pemantauan.
Seorang penduduk, Marzuki Azhari, 48, berkata, aktiviti tersebut menimbulkan kebimbangan kerana ia dibuat di atas rizab tanah sungai yang mudah berlaku hakisan.
"Sebenarnya ketika saya dapat kunci rumah yang diduduki sekarang, rumah ini mengalami mendapan yang sangat serius, selepas tiga tahun baru selesai tapi tidak secara keseluruhan.
"Saya bimbang kegiatan korek tebing sungai ini boleh menyebabkan masalah mendapan ini berulang sesemula dan menghantui penduduk di sini," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Ujar Marzuki lagi, sebelum ini kerajaan negeri telah menghentikan semua aktiviti mengorek pasir tetapi dia hairan kerana perkara tersebut masih berlaku secara terang-terangan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: