
SELAYANG - Tiada hari yang paling bahagia kepada dua beradik ini selain dapat bertemu semula dengan ibu kandung mereka yang terpisah sejak hampir 50 tahun lalu.
Walaupun penantian sesuatu yang menyeksakan, namun hasrat dua beradik, Rohani Saidin, 52, dan Azizah, 50, untuk bertemu ibu mereka, Asmah Dolah, 69, tidak pernah padam.
Semalam, dengan takdir Ilahi, dua beradik ini tidak dapat menahan sebak apabila buat pertama kalinya bertemu dengan ibu tersayang sejak sekian lama.
Dengan linangan air mata kegembiraan, mereka bersyukur selepas hajat dan doa yang dipohon untuk bertemu semula dengan ibu kandung mereka akhirnya termakbul.
Bagi Asmah, hatinya digayut rasa pilu tetapi bersyukur dapat bertemu semula dengan dua anaknya itu.
"Seperti mati hidup semula, terkejut dan tidak dapat berkata apa-apa melainkan hanya bersyukur kepada Allah apabila dapat bertemu semula dengan anak-anak saya," katanya ketika ditemui di sini semalam.
![]() |
| ROHANI Saidin berumur 2 tahun yang pada usia itu sudah berpisah dengan ibu kandungnya, Asmah. |
Mengimbau kisah kehidupannya, Asmah memberitahu, dia berkahwin dengan seorang anggota polis, Saidin Saad pada tahun 1956 ketika berusia 16 tahun.
Pada pertengahan tahun 1959, Asmah berpindah ke kampung suaminya di Kampung Menerong Derang, Pokok Sena, Kedah selepas suaminya berhenti kerja sebagai anggota polis di Balai Polis Rawang.
Bagaimanapun, jodoh mereka tidak kekal lama dan akhir bercerai pada tahun yang sama. Ketika itu, Rohani berumur kira-kira dua tahun dan Azizah pula tujuh bulan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: