SELEPAS 'Once Upon A Time In Mexico', Johnny Depp dan Salma Hayek akan bergandingan sekali lagi di dalam filem terbaru arahan pengarah terkenal dari Serbia, Emir Kusturica berjudul 'Seven Friends of Pancho Villa and The Woman With Six Fingers'.
Filem biografi yang mengangkat kisah perjuangan wira revolusi dari Mexico, Pancho Villa itu dijangka hanya memulakan penggambaran pada 2011 ekoran jadual kerja Depp yang padat sehingga tahun depan.
Diadaptasi daripada novel biografi 'The Friends of Pancho Villa', filem ini antaranya bakal memperlihatkan kisah suka-duka perjuangan Villa dan keluarganya semasa detik-detik peperangan juga aktiviti rompakan mereka ke atas golongan hartawan demi membantu si miskin pada abad ke-20.
Depp dilaporkan akan berlakon di dalam bahasa Sepanyol, di mana sebahagian lokasi penggambarannya bakal dirakam di sekitar Mexico.
Seperti perjuangan Robin Hood yang merompak si kaya untuk membantu golongan miskin, perjuangan Villa juga telah memahatkan namanya sebagai ikon hero perjuangan lagenda di sana.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: