
TERUS terang Diva memang tak pernah berurusan dengan juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Hafiz. Jadi, Diva tak pasti kalau Hafiz bermasalah. Tapi ada dua tiga orang teman Diva merungut tentang sikap Hafiz yang selalu tak tepati janji. Janji nak temu bual tapi kemudian senyap saja.
Itu yang terjadi sekali lagi pada teman Diva, Abang T Trek. T Trek yang bukan adik-beradik dinosaur, T-Rex ini bengang betul dengan Hafiz kerana tidak menepati janjinya. Menurutnya lagi, Hafiz sudah berjanji untuk ditemu bual melalui telefon.
Mereka juga sudah jadualkan pukul berapa untuk berbicara di telefon. Tapi bila tiba masa, Hafiz tak angkat telefon. Berpuluh kali T Trek telefon, tidak juga dijawab. Kemudian dia tinggalkan khidmat pesanan ringkas (SMS) agar Hafiz telefon semula, tapi haram berbalas. Boleh!
Apa yang buat T Trek marah sampai tahap T-Rex mengamuk ialah kerana dia mengejar deadline. Sudahnya dia yang kena sembur dengan bos, gara-gara Hafiz mungkir janji. Sampai sudah dia tak tahu kenapa Hafiz tak hubunginya semula.
Untuk Hafiz, tak bolehlah begitu. Hafiz kena profesional kerana setiap media ada komitmen deadline. Kalau tak boleh buat temu bual, cakap terus terang. Senang cerita.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: