Thursday, December 24, 2009

Dapat AS$2.49 bilion hasil 'bertaruh' beli saham bank




PITTSBURGH - Seorang pengurus dana dari Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS), David Tepper (gambar) yang pernah membiayai pengajian di universiti dengan gaji sebagai pustakawan akan mendapat AS$2.49 bilion (RM8.55 bilion) dalam bentuk bonus dan pendapatan pada tahun ini, lapor Wall Street Journal semalam.

Tepper, 52, yang mengasaskan firma Appaloosa Management dan bekas pedagang firma ternama Goldman Sachs itu mempertaruhkan nasibnya dengan membeli saham Bank of America ketika berharga di bawah AS$3 (RM10) dan Citibank semasa AS$1 (RM3.43) pada Februari lalu. Dia sanggup membeli saham itu dengan harapan prestasi bank-bank itu akan pulih.

Tepper baru-baru ini memiliki saham dalam pasukan bola sepak Amerika, Pittsburgh Steeler dan dia memakai seluar jean semasa bekerja.

Dia kemudian bekerja di syarikat Goldman Sachs sebelum menubuhkan syarikat Appaloosa pada 1993.

Pelaburannya menjadi apabila saham Bank of America yang dibelinya pada harga AS$3 telah meningkat lebih AS$15 (RM51.60).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: