Tuesday, December 8, 2009

Chenderong, SIM-Drive bina kenderaan elektrik


GAMBAR dipetik daripada Wikipedia menunjukkan prototaip kereta elektrik berteknologi SIM-Drive Jepun yang didakwa lebih laju daripada Porche 911.


KUALA LUMPUR - SIM-Drive Co. Ltd., peneraju dalam teknologi kenderaan bermotor elektrik dari Jepun akan bekerjasama dengan Chenderong Capital Sdn. Bhd. (Chenderong Capital) untuk membina kenderaan elektrik pertama Malaysia.

Pembangunan pelbagai peringkat industri kenderaan elektrik itu akan dimulakan dengan mengimport unit-unit siap pasang (CBU).

"Ini adalah langkah sebelum mewujudkan sebuah kilang bagi mengilang kenderaan elektrik sepenuhnya dan mengubah suai kereta-kereta petrol atau diesel kepada kenderaan elektrik," kata kenyataan media Chenderong Capital yang dikeluarkan bersempena majlis menandatangani memorandum persefahaman sinergi antara syarikat-syarikat Malaysia dan Jepun di Tokyo semalam.

Disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memorandum tersebut adalah bagi membangunkan dan berkongsi kepakaran dalam dua industri berteknologi tinggi berbeza iaitu pembangunan kenderaan elektrik tempatan pertama dan penyediaan teknologi bangunan hijau.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: