Monday, June 22, 2009

Taktik sorok beras dalam bangsal dibongkar


MAZLAN (kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada beras seludup yang berjaya dirampas di Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas.


PENGKALAN KUBOR – Meskipun taktik meletakkan beras yang diseludup dari negara jiran di sebuah bangsal yang jauh di pedalaman dianggap selamat namun ia berjaya juga dihidu oleh pihak berkuasa.

Dalam serbuan pada 18 Jun lalu di sebuah bangsal di Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas, sepasukan anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya merampas 200 guni berisi beras seberat 10,000 kilogram (kg) yang dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan.

Ketika serbuan pukul 6 petang hasil maklumat awam itu, anggota UPP mengesan sebuah bangsal yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Pangkalan Haram Pak Hitam yang dijadikan sebagai transit untuk menyimpan barangan seludup tersebut.

Menurut Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid, anggotanya terus menyerbu bangsal yang terbuka tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati 200 buah guni beras disembunyikan di dalam kanvas di situ.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: