PETALING JAYA: Penyanyi popular Waheeda yang dikaitkan sebagai punca perceraian Akhil Hayy dan Maizawati Zainal enggan 'mencampuri' lagi isu pergolakan rumahtangga mereka dan hanya berharap agar kebenaran dapat dirungkaikan tidak lama lagi.
"Saya hanya mampu berdoa dan melakukan solat hajat setiap malam supaya kebenarannya akan diketahui juga," luah Waheeda, ringkas.
Hari ini, kes tuntutan cerai yang dikemukakan oleh Maizawati telah didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridhuan Yusof.
Walaubagaimanapun, disebabkan dokumen yang tidak lengkap untuk membuat urusan tuntutan, maka kes tuntutan cerai ini ditangguh ke 15 Julai depan.
Pendedahan isteri Akhil iaitu Maizawati Zainal yang mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi itu sememangnya amat 'panas' apatah lagi bila Maizawati dilihat cukup 'berani' mengeluarkan kenyataan kepada media tentang masalah yang melanda rumahtangganya itu sehingga dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.
Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.
Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.
Kata Maizawati lagi, dia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh hari ini.
cantik sangat lah tu perosak rumah tangga orang!
ReplyDelete