PETALING JAYA – Polis menahan dua lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes mengurung tiga lelaki secara kejam di sebuah rumah kedai di Jalan PBS 14/2, Serdang Raya di sini Rabu lalu.
Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan petang kelmarin di sekitar Bukit Permai, Ampang Jaya.
Penahanan dua suspek terbabit menjadikan jumlah mereka yang ditahan polis bagi membantu siasatan sehingga semalam meningkat kepada lima orang.
Sebelum ini polis memberkas tiga suspek berusia 30-an di sekitar Gombak dan Ampang Jaya.
Ketiga-tiga suspek itu direman selama empat hari dan ia berakhir semalam sebelum reman itu dilanjutkan tiga hari lagi sehingga esok.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan mengenai penahanan dua suspek baru dan reman tiga lagi suspek dilanjutkan selama tiga hari lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: