Friday, January 16, 2009

Hans & Yasmin Bercuti Di Bali



Hujung minggu lalu ada kawan Mangga Muda balik dari bercuti di Bali, Indonesia. Kira cuti hujung tahun lah. Seronok ke? Mestilah seronok sebab dapat cuti bersama kawan-kawan.


Semasa mahu pulang kawan Mangga Muda itu ternampaklah kelibat Hans Isaac dan seorang wanita sedang meninjau-ninjau kedai yang ada di lapangan terbang di Bali yang baru tu.


Maklumlah penerbangan mereka tertunda sejam. Banyaklah masa untuk merayau di dalam terminal sementara menanti pesawat mereka terbang balik ke Kuala Lumpur.


"Pada mulanya aku tak perasan Hans juga ada di situ, tapi kawan aku yang nampak. Aku tengok-tengok juga gelagat dia dan seorang wanita tu... rupa-rupanya Yasmin Yusof," kata kawan Mangga Muda itu.


Eh! Hans bercuti dengan Yasmin ke di Bali? Buat apa mereka di sana? Itulah juga yang difikirkan oleh kawan Mangga Muda tu. Ada juga kawan-kawan lain bersama mereka.


Maka dia pun meninjau-ninjau juga beg Hans dan dia terlihat ada peralatan golf yang dibawa bersama.  Oh! Agaknya mereka ke sana untuk bermain golf sambil bercuti.


Sampai ke Bali main golf... di Malaysia tak cukup padang golf ke? Agaknya di sana lebih murah kut sebab itu mereka ke sana.
Mangga Muda pernah juga ke kelab golf di Sungai Petani,
Kedah. Bukan main golf pun, tapi kebetulan ada kawan bekerja di resort yang menyediakan pakej golf.


Banyak peminat golf dari Jepun dan Korea di kelab itu. Alasan mereka kerana bayaran pakej yang disediakan di sini jauh lebih murah berbanding bayaran yang dikenakan kalau mereka bermain di padang golf negara mereka.


Sebab itu mereka ke Malayasia. Agaknya bayaran bermain golf dan penginapan di Bali juga lebih murahberbanding di Malaysia, sebab itulah Hans ke sana agaknya.


Mangga Muda: Nak bercuti ke Yogyakarta, Indonesia bersama kawan-kawan bulan April nanti. Lama dah tak pergi sana. Dulu ke sana bersama kumpulan Raihan. Seronok juga merayau di Malioboro sambil makan di warung lesehan. Nasi gudek (masak nangka muda) enak sekali.

2 comments:

  1. ini percutian keluarga hans dan yasmin lah... aparah!

    ReplyDelete
  2. biar la... dua2 blm berpunya.... ada aku kisah.....

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: