Wednesday, January 21, 2009

Bakal menantu artis biadap!

MENTUA vs menantu atau menantu vs mentua bukanlah cerita aneh dalam kisah rumah tangga. Selalunya golongan dikaitkan dengan masalah ini adalah orang perempuan yang memang tidak boleh melihat suami lebihkan emaknya atau si emak tidak boleh lihat anak lelakinya sayang pada isteri.


Kalau kisah sebegini tidak wujud, masakan ia dipaparkan dalam kebanyakan drama tempatan untuk penonton jadikan teladan.


Bagi SS alam berumah tangga mempunyai konteks yang cukup meluas dan tidak terbatas pada penyatuan dua hati saja.


Apabila pasangan mengambil keputusan untuk berkahwin, maka mereka harus bersedia mengahwini seluruh ahli keluarga pasangan mereka atau erti kata lain menerima keluarga mentua serta melayan mereka seperti keluarga sendiri. Peringkat awal mungkin agak sukar namun kasih sayang itu harus sentiasa dipupuk.


Apa yang SS cuba sampaikan ini ada kaitan dengan seorang selebriti wanita jelita yang khabarnya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.


Melihat penampilan luarannya, dia ini memang sangat cantik dan ‘hot’, tetapi SS dengar cerita sikapnya tidak begitu disenangi bakal emak mentua.


Dari khabar angin yang SS dengar, selebriti wanita ini tidak pandai hormat orang tua dan sombong tatkala berhadapan dengan adik-beradik bakal suaminya juga seseorang yang dikenali.
Jelas sumber SS, gerak bahasa tubuh dan cara pertuturannya sewaktu menemui bakal emak mentua dan iparnya jelas menunjukkan dia tidak menyukai keluarga teman lelakinya. Malah, SS dimaklumkan lagi dia siap tunjuk belang dengan mengarah buah hatinya depan bakal mentua.
Disebabkan sikapnya yang angkuh dan sombong itu, SS dapat tahu ibu teman lelakinya berasa sedih jika mereka benar-benar jadi berkahwin.


Mana tidaknya teman lelakinya itu seorang anak yang baik dan taat pada keluarga, maka ibunya bimbang jika satu hari dia akan berubah hanya kerana penangan seorang wanita.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: