Friday, January 16, 2009

Anggun bertudung

MENYEMPURNAKAN kecantikan wanita bukan hanya pada pakaian cantik. Kecantikan luaran dan dalaman menjadi ukuran penting dalam menilai aspek kecantikan sebenar.

MENYEMPURNAKAN kecantikan wanita bukan hanya pada pakaian cantik. Kecantikan luaran dan dalaman menjadi ukuran penting dalam menilai aspek kecantikan sebenar.

Bagi wanita Muslim, pastinya ciri yang sopan dinilai dalam meletakkan dirinya sebagai insan yang benar-benar menghayati nilai keislaman sejati.

Melihat kecenderungan terkini dalam berfesyen, masyarakat semakin prihatin dengan aliran busana Muslimah yang melatari perkembangan fesyen semasa.

Mengambil kira cita rasa penggemar bagi busana sedemikian, butik Ratu mengetengahkan pelbagai pilihan tudung menarik lagi eksklusif sekali gus melonjakkan aliran bertudung yang sopan.


Pemilik butik berkenaan, Juwita Abdullah, menyajikan pilihan tudung, selendang dan skaf bagi memenuhi keperluan penampilan terkini busana Muslimah.


"Melihat perkembangan ilham fesyen busana Muslimah yang menarik dan anggun dengan inspirasi tudung yang memenuhi tuntutan agama, saya rasa percaturan saya tidak silap.

"Tambahan pula, tudung kini digemari bukan hanya golongan berusia. Sebaliknya, golongan remaja dan dewasa semakin menggemarinya.

"Untuk merancakkan lagi perkembangan busana yang sihat, kajian rambang yang dilakukan menunjukkan minat khalayak ini sedikit sebanyak membantu merancakkan lagi aliran busana berkenaan," katanya.

Menurutnya, nawaitu bagi menzahirkan minat ramai terhadap seni bertudung selain berdakwah secara berseni, membuatkannya terpanggil untuk melakukan sesuatu yang dimanfaatkan golongan hawa.

"Oleh kerana saya menyediakan pelbagai jenis pilihan buat mereka, secara tidak langsung masyarakat boleh memilih apa yang mereka minati.

"Ada jenis tudung yang terus disarungkan dan amat ringkas, tidak kurang juga selendang yang boleh disuntik pelbagai teknik bertudung.

"Untuk mereka yang ingin mempelajari teknik bertudung dalam penataan gaya lebih canggih atau kontemporari, koordinator fesyen busana kami boleh membantu.

"Sebenarnya seni merias tudung kontemporari tidak sukar jika rajin meneroka nilai kreatif dalam teknik pemakaiannya.

"Melihat cetusan itu semakin berkembang, saya tidak bimbang kehadiran Ratu di tengah persaingan aliran busana Muslimah masa kini," katanya.

1 comment:

  1. ni peserta rancangan pe tah...tp berkenaan dgn olay..kalau x silap r...bkn ker muke die de iras2 siti...cube kalo siti pakai tudung macam ni...x ker manis...ni pakai selendang...nmpak cam org tue!!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: