Wilma, 44, berkata, walaupun tidak merasakan ia satu keperluan namun dia mula sedar kepentingan media sosial bagi membolehkan dia mengemas kini perkembangan terbaharunya kepada peminat.
"Sebenarnya sejak 2013 saya sudah ada Instagram, itu pun rakan yang tolong buatkan.
"Tetapi saya tidak aktif kerana tiada apa yang ingin saya kongsikan malah hendak berswafoto pun tidak pandai.
"Bagaimanapun sejak kembali berlakon sejak Jun lalu rakan-rakan mula meminta saya aktif kerana selain boleh mengemas kini perkembangan ia juga dapat membantu menaikkan karier seni," katanya.
Menurut Wilma yang pernah popular menerusi filem Ghazal Untuk Rabiah dan Pasrah, setakat ini Instagram miliknya mempunyai hampir 10,000 pengikut.
Dalam pada itu, Wilma mengakui sukar memahami fungsi laman sosial itu namun anak-anak dan rakan-rakannya banyak membantunya.
Wilma bakal muncul dengan drama terbaharu iaitu Urusan Hati Cik Drama Queen.
Malah dia kini semakin faham fungsi Instagram selain memuat naik foto mengikut kesesuaian masa dan menggunakan peluang itu untuk berinteraksi dengan peminat.
"Pada awalnya agak malu juga saya hendak berswafoto kerana malu tetapi lama-lama semakin okey.
"Ramai juga peminat bertanyakan soalan kepada saya di ruang komen dan saya ambil juga masa untuk menjawab pertanyaan mereka.
"Insya-Allah jika teknologi ini digunakan dengan bijak ia akan memberi manfaat dan Alhamdulillah pengikut pun semakin meningkat," ujarnya.
Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Wilma berkata, dia bersyukur kemunculan semulanya mula mendapat perhatian peminat yang rata-rata memberi sokongan kepadanya.
Bagaimanapun kata Wilma, selepas hampir 20 tahun tidak berlakon dia tidak kisah sekiranya perlu bermula dari bawah.
"Alhamdulillah rezeki lakonan semakin banyak sekarang tetapi saya tidak mahu bersikap tamak kerana sudah lama tidak berlakon.
"Buat masa ini saya ambil peranan kecil-kecil dahulu untuk membiasakan diri kerana agak kekok selepas sekian lama tidak berlakon," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: