MARANG - Banjir melanda daerah Marang ketika ini memberi rezeki lumayan kepada penduduk di beberapa kampung antaranya, kampung Pengkalan Berangan, Tanah Lot Kubu, Bukit Jetit, Air Putih dan beberapa kampung lain.
Hanya dengan bermodalkan jaring, beberapa penduduk kampung berkenaan yang mencuba nasib di kawasan ditenggelami air itu akhirnya membuahkan hasil lumayan kerana bukan sahaja ikan darat ditangkap boleh dijadikan lauk malah dapat dijual.
Tinjauan Sinar Harian di kampung Pengkalan Berangan di sini hari ini, mendapati sebuah keluarga tekun memasang jaring di kawasan ladang kepala sawit dinaiki air berdekatan laluan utama kampung itu untuk menangkap ikan keli.
Ketua keluarga itu, Awang Mohamad, 57, berkata, dia memasang lapan rawan jaring pada setiap pagi sejak banjir melanda dan mampu memperoleh kira-kira lima kilogram ikan keli bagi setiap rawan jaring yang dipasang di kawasan itu.
Bapa 13 anak itu berkata, dia turut dibantu beberapa ahli keluarganya untuk menangkap pelbagai jenis ikan darat namun hanya ikan keli akan dijual manakala ikan jenis lain yang berjaya ditangkap akan di simpan untuk dimakan.
“Hanya pada musim banjir sahaja saya dan keluarga akan melakukan aktiviti memasang jaring di kawasan yang dinaiki air terutamanya di kawasan ladang kelapa sawit. Kalau ada rezeki memang banyak ikan keli terperangkap di dalam jaring.
“Ketika banjirlah juga peluang kami untuk menjaring ikan dan meraih pendapatan. Sekilogram ikan keli dijual dengan harga RM12 sekilogram dan saya mampu menangkap 20 hingga 30 kilogram keli sehari. Dapat lebih RM200 sehari,” katanya.
Awang yang dikenali penduduk sebagai Awang Misai Merah berkata, setiap empat jam sekali dia akan melihat semula jaring sepanjang lebih kurang 10 meter dipasang di kawasan ladang kelapa sawit di sekitar kampung berkenaan.
Menurut Awang, ikan keli yang ditangkap itu kebiasaannya akan dijual di Pasar Awam Pengkalan Berangan di sini dengan harga lebih rendah dan ikan itu juga turut dijual terus kepada penduduk yang menunggu kehadirannya di pasar itu.
“Dengan hasil jualan ikan keli pada musim banjir kali ini, dapatlah saya membeli sedikit barang keperluan rumah dan barangan dapur dan pendapatan lumayan seperti ini hanya boleh diperoleh ketika musim banjir sahaja,” katanya.
Sementara itu, di kampung Tanah Lot Kubu di sini pula, sekumpulan pemuda turut tidak melepaskan peluang menjaring ikan namun berkata, mereka menjaring spesies ikan darat pada musim banjir hanya untuk dijadikan lauk.
“Kami menahan jaring sekadar suka-suka. Hasil tangkapan boleh dijadikan lauk untuk keluarga kami. Jika ada lebih dan ada permintaan barulah kami jual kepada penduduk di kampung ini,” kata salah seorang dari mereka, Shafiq Che Ghani, 22.
Bekas pelajar politeknik di Dungun itu berkata, aktiviti itu hanya dilakukan sebagai aktiviti sampingan ketika musim tengkujuh melanda kerana mereka tidak dapat melakukan aktiviti lain sekaligus dapat memenuhi masa yang terluang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: