SEORANG suri rumah di India hanya mampu mengeluh selepas simpanan tunainya langsung tidak laku selepas kerajaan negara itu mengharamkan dua not wang bernilai tinggi pada November.
"Orang miskin seperti saya berada dalam keadaan tersepit," kata Irja, 32 kepada The Guardian.
Selain Birja, lebih satu bilion rakyat India yang lain terkesan akibat pengharaman mengejutkan tersebut.
Pada 8 November, Perdana Menteri India, Nrendra Modi merayu kepada rakyat supaya memberikan tempoh 50 hari untuk sistem kewangan negara tersebut menghapuskan 22 bilion not wang yang kini tidak laku.
Tempoh 50 hari yang berakhir Jumaat lepas menyaksikan orang ramai masih berebut-rebut menukar not wang mereka.
Keadaan tersebut menyebabkan orang ramai tidak menukar not bernilai besar kepada not bernilai kecil.
"Suami saya bekerja sebagai pemandu beca dan memperoleh 300 rupee setiap hari," kata Birja.
"Tetapi sudah tujuh hari suami saya gagal mendapatkan keuntungan (kerana ketiadaan wang kecil)," tambah Birja.
Pengharaman not oleh kerajaan tersebut dianggap sebagai fenomena politik luar biasa yang berlaku di India untuk tempoh tujuh minggu.
Bagaimanapun, rakyat masih yakin terhadap usaha kerajaan ketika ini.
"Saya akan mengundi beliau lagi. Dia (Modi) melakukan perkara ini untuk orang miskin. Jika wang haram keluar dari kitaran, semua orang akan hidup dengan lebih tenang," jelas Birja.
Modi dianggap sebagai seorang yang mempunyai reputasi tinggi, tetapi langkah kerajaan berkenaan yang dirancang secara senyap telah menimbulkan banyak kerumitan.
Perubahan dalam not 500 rupee dan 2,000 rupe bermakna semua 220,000 mesin ATM di seluruh negara terpaksa dikongfigurasi secara manual satu demi satu.
Walaupun jika langkah tersebut berjaya, jumlah wang tidak akan cukup untuk diberikan kerana jumlahnya masih belum mencukup untuk keseluruhan negara India.
Pencetakan not baru mengambil masa sekurang-kurangnya sehingga Februari tahun ini.
Sementara itu, perbankan digital mencatatkan peningkatan tetapi masih gagal memenuhi 40 peratus permintaan kerana 'berada di luar lingkungan perbankan normal'.
"Kejutan (akibat pengharaman not wang) adalah hebat dan masih merebak,: kata Setiausaha Agung Persekutuan , Perusahaan Kecil dan Sederhana India, Anil Bhardwai.
New Delhi sendiri menyaksikan penghijrahan 60 peratus pekerja asing yang banyak melabur wang tunai untuk tapak bangunan dan kilang-kilang.
Di kampung-kampung kecil, penduduk terpaksa menggunakan sistem barter atau kredit.
Di sebalik langkah mengejutkan ini, Modi didakwa masih gagal menghapuskan keseluruhan wang haram seperti yang dijanjikan.
Walaupun sesetengah sindiket jenayah terganggu akibat kejadian ini, lebih 90 peratus not yang diharamkan telah dikembalikan ke bank, lebih dari jumlah yang kerajaan harapkan.
Ini menunjukkan terdapat golongan tertentu yang menyembunyikan kekayaan tanpa membayar cukai, atau wang-wang tersebut disimpan dalam bentuk tunai atau emas.
Keluhan rakyat bagaimanpun masih berjaya dikawal dan media di India 'tidak bergelut' untuk mencari penyokong kepada skim yang diumkan oleh Modi.
Parti politik yang memerintah, Bharatiya Janata (BJP) juga telah memenangi beberapa pilihan raya tempatan pada bulan lalu ketika kekurangan wang tunai masih berlaku.
"Ini menunjukkan modal politik Modi adalah besar," kata Editor Persekutuan Hindustan TImes, Prashant Jha.
Modi yang tinggal separuh penggal pemerintahan masih popular pada tahap 81 peratus menurut satu tinjauan pada September.
Dasar yang payah dan keadaan rumit yang melanda bagaimanapun berjaya dirangka, kata penulis biografi Modi, Nilanjan Mukhopadhyay.
"Modi membentangkan idea pengharaman wang sebagai satu tindakan yang sangat bermoral," kata Nilanjan.
Pengharaman wang dianggap sebagai satu tamparan hebat terhadap golongan elit yang memperoleh keuntungan disebalik korupsi di India yang meningkat.
Korupsi di India dianggap sebgai sumber kebencian mendalam di kalangan orang miskin dan aspirasi negara, dan golongan yang terlibat korupsi secara rutin membayar rasuah untuk mendapatkan perkhidmatan asas kerajaan.
"Sebab itulah golongan miskin masih menyokong tindakan Modi," kata pemilik perusahaan kecil, Bhardwai.
"Di sebalik kesusahan dan kepayahan, mereka menganggap perkara ini sebagai satu perubahan yang dibawa oleh seorang ahli politik yang sangat berkuasa dan telah membuat keputusan untuk menggegarkan sangkar golongan korup dan golongan elit," kata Bhardwai.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: