Saturday, January 7, 2017

IU Menang Kes Saman Fitnah Terhadap 11 Netizen




IU menang 11 saman terhadap netizen yang mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya.
PENYANYI dan pelakon IU dilaporkan memenangi 11 kes terhadap netizen yang difailkan di mahkamah berhubung dakwaan menghina dan memfitnahnya di laman sosial.

Soompi melaporkan kesemua yang tertuduh dikenakan amaran selain diarahkan untuk membayar pampasan kepada pihak IU atas kesalahan yang dilakukan.

Pihak pengurusan IU iaitu Loen Entertainment dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius terhadap komen berbaur fitnah dan menghina terhadap artisnya.

Malah pihaknya berharap 11 pesalah yang disabitkan itu dapat memberi pengajaran kepada pengguna media sosial untuk lebih berhati-hati dalam meninggalkan komen.

"Komen yang ditinggalkan oleh pesalah-pesalah yang kami bawa ke mahkamah tidak boleh diterima malah untuk saya sebutkan di sini juga amat memalukan.

"Dalam kes IU, ia bukan sahaja menyebabkan reputasinya buruk malah ia turut memberi kesan kepada keluarga dan peminatnya.

"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih banyak sekiranya masalah sama berulang," kata wakil syarikat berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: