PETALING JAYA: Bekas peserta program Akademi Fantasia 7 (AF7), Aishah Bujang enggan dibayangi imej seksi seperti mana di awal kemunculannya dalam industri hiburan sebelum ini.
Aishah atau Siti Aishah Bujang, 26, berkata, dia kini lebih selesa tampil dengan imej lebih sopan selain feminin dan elegan selari dengan peningkatan usianya.
"Cukuplah kisah kontroversi imej seksi diperkatakan suatu ketika dahulu kerana cita rasa saya kini sudah berubah lebih feminin dan elegan.
"Dahulu saya mentah sehingga terikut-ikut dengan kata orang kononnya untuk bertahan dalam industri seni kita harus 'berani' berfesyen agar tidak dilabel kekampungan.
"Ternyata tanggapan itu salah kerana peminat hari ini menilai bakat yang ada pada seseorang artis dan bukannya imej seksi semata-mata," katanya.

Dalam pada itu, Aishah berkata, selari dengan kedatangan tahun baharu dia ingin peminat mengenalinya dengan Aishah Bujang dan bukannya Aishah AF seperti mana sebelum ini.
Jelasnya, sudah tiba masanya dia berdiri atas namanya sendiri tanpa bersandarkan kepada populariti program realiti berkenaan.
"Di awal kemunculan dahulu saya menggunakan nama Aishah AF kerana belum mempunyai identiti dan tapak dalam industri hiburan.
"Namun kini perjalanan karier seni saya semakin matang dan sudah tiba masanya saya menggunakan nama asal untuk melebarkan sayap dalam nyanyian," jelasnya.
Ditanya soal peribadi, penyanyi lagu Cinta dan Luka ini berkata, dia kini kembali solo selepas cintanya bersama seorang jejaka putus awal tahun lalu.
"Tiga tahun saya menjalin cinta dengannya tetapi tiada jodoh dan saya rasa apa yang berlaku ada hikmahnya di mana saya kini boleh kembali aktif sebagai penyanyi tanpa perlu memikirkan soal cinta,” katanya.
Tambahnya, penyertaan menerusi program Dangdut Star sebelum ini dilihat sebagai pemacu langkah untuknya kembali mewarnai pentas seni.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: