TAIPING - Dua lelaki ditahan polis ketika sedang leka mencuri kabel di Kampung Paya, Jalan Changkat Jering - Kuala Kangsar, semalam.
Suspek berusia 47 dan 24 tahun itu ditahan pihak polis dari Balai Polis Changkat Jering kira-kira jam 3.30 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki berkenaan berasal dari Kampung Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung.
Menurutnya, kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah dan mencuri.
"Mereka dipercayai melakukan kegiatan mencuri kabel ini dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Corolla.
"Kesemua peralatan mencuri kabel dirampas," katanya.