PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Hamidun menganggap kecaman dan kritikan terhadap buku 99 Kata-Kata Fattah Amin hanya mempopularkan buku tersebut termasuk melariskan jualannya.
Hafiz, 33, berkata, dia yang pernah melalui pengalaman yang sama ketika menerbitkan buku Cerita Hati Hafiz Hamidun tahun lalu mengakui karya tersebut sudah terjual kira-kita 30,000 naskah selepas menjadi viral.
"Fattah tidak buat salah dan itu hak dia untuk hasilkan buku dan saya percaya dia juga menerima permintaan daripada pihak penerbit.
"Kalau enggan beli, tidak perlu kecam kerana kadang-kadang mereka kecam tanpa asas yang kukuh. Ia sebaliknya menjadikan buku itu menjadi viral.
"Dulu buku saya orang kecam dan kata penuh dengan selfie, tapi sebenarnya hanya lima helai selfie daripada 200 helai keseluruhan buku berkenaan," ujarnya.

Hafiz Hamidun kini sedang mengikuti misi bantuan kemanusiaan di Yemen.
Hafiz diminta mengulas tentang buku 99 Kata-Kata Fattah Amin yang dikritik netizen sejak dilancarkan Sabtu lalu.
Perkara yang sama pernah berlaku kepada penyanyi tersebut ketika melancarkan buku Cerita Hati Hafiz Hamidun pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Hafiz berkata, Fattah seharusnya membuat kajian terperinci tentang harga buku yang ingin dijual dan golongan sasaran pembeli.
"Fattah seharusnya buat kajian tentang harga dan golongan peminat dia sama ada mampu beli atau tidak. Orang akan marah jika ia terlalu mahal," ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hafiz kini berada di Yemen bagi menyertai misi bantuan makanan kepada penduduk republik berkenaan.
Katanya, dia sudah berada di negara berkenaan sejak lebih seminggu yang lalu.
"Saya kini di Yemen bagi menyertai misi bantuan kemanusian dan mengagihkan makanan kepada penduduk negara itu.
"Saya juga merancang untuk memulakan projek Yemen Food Project bersama rakan-rakan untuk mengutip lagi derma kepada masyarakat negara itu yang memerlukan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: