CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT. Penduduk di kawasan Charleston baru-baru ini, terkejut dengan penemuan seekor buaya yang berwarna oren.
Buaya yang berwarna pelik itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi kerana rata-rata penduduk setempat tidak pernah melihat buaya berwarna sedemikian sebelum ini.
"Kami gelarnya sebagai buaya Trump, kerana warnanya itu," jelas penduduk petik laporan USA Today.
Menjelaskan perkara itu, pakar dari Jabatan Sumber Asli Selatan Carolina berkata, warna oren buaya sepanjang 4-5 kaki itu bukanlah warna semula jadi.
"Ia mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, berkemungkinan ia menghabiskan  musim sejuknya di dalam paip keluli pembetung yang berkarat," katanya.