JERANTUT - Seorang nelayan darat tidak menyangka umpan anak ikan seluang yang diletakkan petang Sabtu lalu di Sungai Pahang, Kampung Bukit Genting, di sini menggunakan julai (sejenis kail) berjaya menaikkan sejenis ikan dipercayai ikan linang sepanjang hampir dua meter.
Kisah terbabit telah berjaya mencuri perhatian umum apabila ia mula tular dalam laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Nelayan terbabit, Abdul Muin Husin, 48, berkata, setelah memasang julai petang Sabtu lalu, dia dan anak saudara sepupunya pergi melihat keadaan julai yang telah pasang keesokan paginya.
"Pagi itu (kelmarin) saya datang dengan anak saudara sepupu saya ke tempat saya pasang jelai. Bila sampai sana, saya tengok tali kail itu sering (tegang) menegak saja. Saya bagi anak sedara sepupu saya ada ikan itu. Ketika awal saya tarik, ikan masih tidak nampak. Dalam hati kata, besar betul ikan ini," katanya.
Usaha menarik tali pancing diteruskan sehinggalah kepala ikan sepanjang sejengkal timbul di dasar sungai.
"Saya tercengang bila tengok kepala ikan itu. Nak dikatakan ular bukan sebab saya tengok mulutnya luas. Nak kata labi-labi pun bukan juga sebab tak ada kaki.
"Kebetulan saya ada bawa candik (sejenis sauk besar). Hulur ke dalam sungai, tapi masih tak lepas nak angkat ikan itu sebab panjang sangat. Kebetulan ada kenalan dian kawasan sekitar, saya suruh dia tengok, dia kata toman, saya kata takkanlah toman sebab panjang. Bila tengok panjang, kenalan itu terus lari sebab geli tengok ikan itu," katanya.
Abdul Muin terus berusaha untuk cuba mengangkat ikan itu ke atas botnya dan setelah ikan itu berjaya dinaikkan, dia terus membawanya ke rumah rakit.
"Kebetulan ada orang dekat rumah rakit itu, jadi saya pun tanyalah mereka ikan apa itu. Mereka kata bukan belut sebab ekor ikan itu lain. Ekor ikan ini macam ekor ikan Tilan Pengayuh.
"Ada seorang kawan saya panggil dia Angah. Angah memang sudah lama jadi nelayan darat. Angah tengok ikan itu, dia kata ada insang. Dia kata belut dan dia suruh saya bagi ikan ini pada madrasah (Madrasah Al-Fatihah Kampung Bukit Genting) sebab ustaz di sana suka makan belut," katanya.
Abdul Muin sempat mengambil gambar ikan terbabit sebelum dihantar ke Madrasah Al-Fatihah lalu menghantar gambar tersebut kepada pihak Jabatan Perikanan Jerantut untuk memastikan jenis ikan terbabit.
Pengarah Perikanan Negeri, Datuk Adnan Hussain berkata, melihatkan dari bentuk fizikal ikan terbabit dipercayai ikan tersebut adalah sejenis ikan Linang.
Beliau bagaimanapun tidak dipastikan sama ada ikan terbabit hanya wujud 30 tahun sekali kerana tiada kajian dilakukan setakat ini bagi menunjukkan penemuan sedemikian.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: