KOTA SHENYANG - CHINA. Seekor anak kucing dilahirkan mempunyai dua kepala serta tiga biji mata lapor Mirror.co.uk.
Pemilik kucing itu, Xiao Wei mendakwa bahawa anak kucing itu hidup dan dalam keadaan baik namun tidak pasti berapa lama ia boleh hidup.
Selain itu, anak kucing itu juga boleh makan menggunakan satu mulutnya sahaja sementara mulut lagi satu tidak boleh digunakan langsung.
Terkejut dengam penemuan ini, Xiao Wei memuat naik gambar anak kucing itu di Laman Weibo (media sosial China) dan mendapat banyak respon daripada netizen.
Rata-rata berasa lega apabila diberitahu anak kucing itu berupaya makan dan mengharapkan agar ia dapat hidup lama.