Tuesday, February 28, 2017

Somi (I.O.I) Ditinggalkan Kekasih Selepas Seminggu Bercinta




Somi mendedahkan hanya sempat bercinta selama seminggu sebelum ditinggalkan.
PENYANYI Somi yang juga anggota kumpulan I.O.I mendedahkan dia pernah ditinggalkan bekas teman lelakinya hanya selepas seminggu bercinta.
Somi berkata lelaki berkenaan meninggalkannya kerana dia tidak mempunyai ciri-ciri yang diingini dalam diri seorang wanita.

"Saya pernah bercinta sebelum ini tetapi hubungan itu hanya bertahan selama seminggu sahaja.

"Alasan dia memutuskan hubungan kami adalah kerana saya tidak memenuhi kriteria yang dicari," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.
Somi mendedahkan perkara itu ketika ditemubual menerusi program Unnie's Slam Dunk baru-baru ini.

Dalam pada itu, Somi berkata, walaupun kejadian itu meninggalkan kesan terhadap dirinya namun dia masih berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki budiman dan dapat menerima diri dia seadanya.

"Saya mahu ada teman lelaki kerana saya tidak pernah benar-benar merasai percintaan dan jika ada pun ia hanya sekadar cinta monyet," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: