Monday, February 13, 2017

Ji Soo Belum Puas Hati Dengan Lakonannya




PENDATANG baharu yang sedang meingkat naik, Ji Soo menganggap populariti yang dikecapinya kini tidak membuatkannya berasa selesa.
Dia yang kini menjadi antara kegilaan remaja wanita mengakui masih banyak kekurangan dalam lakonannya.

"Saya sudah berhadapan banyak cabaran dalam lakonan, tapi selepas melihat semua lakonan saya masih berasa tidak berpuas hati.

"Saya belajar di sekolah lakonan tapi masih gagal beri yang terbaik, saya harap dapat benar-benar puas membawakan satu watak yang mencabar satu hari nanti," ujarnya seperti dipetik daripada Allkpop.

Selain itu, Ji Soo juga mengimpikan untuk mendapat penghargaan dalam kerjaya lakonannya.

"Saya mahu kerjaya lakonan berjalan lancar dan kalau boleh menerima penghargaan pada majlis anugerah," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: