KUANTAN - “Sampai bila kami nak tunggu.. jangan bersikap kejam..kami juga ada anak isteri nak beri makan,”.
Itu rintihan sekumpulan 44 pengawal keselamatan yang mendakwa belum menerima tunggakan gaji RM400 sebulan yang gagal dibayar pada 2014 dan 2015.
Sehingga kini, mereka masih menunggu bayaran berjumlah RM280, 775.78 daripada bekas majikan iaitu sebuah syarikat keselamatan.
Wakilnya, Mohd Ruslan Sudin, 36, berkata, kini mereka buntu apabila bekas majikan enggan membayar tunggakan tersebut.
Menurutnya, setiap kali menghubungi pemilik syarikat itu, dia memberi pelbagai alasan termasuk belum menerima pembayaran wang daripada kerajaan.
“Alasan itu diberikan oleh bekas majikan kepada kami, sedangkan dia (pemilik syarikat) perlu membayar wang kami seperti perintah mahkamah.
“Kenapa dia masih ingkar dengan keputusan itu dan saya mahukan hak serta pembelaan sewajarnya kerana majikan menganiayai kami semua,” katanya ketika ditemui di Beserah di sini, semalam.
Mohd Ruslan berkata, Mahkamah Tinggi Kuantan (Sivil) memerintahkan bekas majikan membayar tunggakan itu pada 29 Januari 2016, selepas berakhirnya sesi perbicaraan kes tersebut.
Katanya, mahkamah sudah putuskan, namun ia tidak memberi kesan kepada bekas majikan, malah bersikap lepas tangan dan langsung tidak endahkan arahan tersebut.
“Saya dah buat laporan polis berhubung keengganan syarikat bayar tunggakan gaji kami di Balai Polis Daerah Kuantan, 27 Oktober lalu.
“Kemudian saya turut membuat permohonan di mahkamah atas kegagalannya berbuat demikian pada 31 November lalu. Ini saja yang mampu saya lakukan untuk pastikan kami dapat hak kami semua,” katanya.
Mohd Ruslan berkata, kesemua pengawal keselamatan terlibat dinafikan hak apabila masih menerima gaji RM500 sebulan walaupun kerajaan menetapkan gaji minimum kepada RM900 pada 2014.
“Tunggakan itu kini cecah ratusan ribu dan kami menuntut hak kami dipulangkan kerana kami juga perlu menyara keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, dia berharap ada pihak sudi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: