Monday, February 13, 2017

Lady Gaga & Metallica Berduet Pada Anugerah Grammy Ke-59




Lady Gaga bakal bergandingan dengan Metallica pada Anugerah Grammy ke-59 yang bakal berlangsung pada Ahad ini.
BAHARU sahaja mengadakan persembahan luar biasa pada acara Super Bowl, penyanyi Lady Gaga bakal bergandingan pula dengan kumpulan rock terkenal iaitu Metallica pada Anugerah Grammy ke-59 yang bakal berlangsung pada Ahad ini.
Billboard melaporkan Gaga dan Metallica akan mengadakan persembahan duet pada acara itu dan peminat mula melahirkan rasa teruja di laman sosial.

Pada 14 Januari lalu, kumpulan itu pernah memberitahu bakal mengadakan persembahan istimewa dan luar biasa pada anugerah Grammy tahun ini dan peminat akan terkejut.

"Sudah bertahun kami tidak berada di pentas Grammy dan teruja untuk kembali mengadakan persembahan.

"Apa yang pasti kami akan tampil dengan persembahan unik dan istimewa khas buat penonton acara itu nanti," kata James Hetfield yang juga vokalis Metallica.

Sebelum ini, Metallica yang terpaksa membatalkan persembahan mereka di Copenhagen berikutan masalah vokal yang dihidapi James.

Antara penyanyi lain yang turut mengadakan persembahan pada acara itu nanti termasuk Beyonce, Katy Perry, The Weeknd, Daft Punk, Adele, Carrie Underwood, Bruno Mars dan Keith Urban.

Anugerah Grammy ke-59 bakal berlangsung di Staples Center, Los Angeles dan akan dihoskan oleh James Corden.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: