PUTRAJAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa menganggap isu teguran kepada Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataan kurang enak aktor itu terhadap Fattah Amin sudah selesai.
Justeru dia berharap teguran yang dilakukan itu dapat menyedarkan semua penggiat seni supaya menghormati dan menyokong kerjaya seni artis lain.
"Saya sudah memberi kenyataan berhubung perkara itu dan berharap selepas ini semuanya akan baik-baik sahaja.
"Cuma ingin saya tekankan, dalam soal ini kita yang berada di dalam industri kalau boleh jangan campur hal oarng sebaliknya hormat dan saling menyokong antara satu sama lain," katanya.
Pengacara MeleTop itu ditemui di majlis sidang media pelancaran Flora Rosa Kondominium eksklusuf bersama Neelofa bertempat di Cruise Tasik, Putrajaya, di sini, Sabtu.
Tambah pemilik nama sebenar Noor Neelofa Md Noor, 28, ini lagi, teguran tersebut dibuat secara spontan tanpa paksaan mana-mana pihak.
"Sebenarnya saya rasa bertanggungjawab untuk menegur dia (Sharnaaz) disebabkan orang yang dimaksudkan itu (Fattah Amin) tidak buat salah dengan dia.,” katanya.
Selain itu Neelofa juga mengakui bahawa dia bimbang jika tegurannya itu bakal menjejaskan hubungan kekeluargaan kerana Sharnaaz bakal berkahwin dengan kakaknya tidak lama lagi.
Minggu lalu Sharnaaz secara terbuka di laman sosial Twitter mempersoalkan kelayakan Fattah mengeluarkan buku 99 Kata-Kata Fattah Amin.
Pada majlis itu juga pihak media bersama-sama Neelofa yang bertindak sebagai duta Putrajaya Homes Sdn Bhd (PjHomes) turut di bawa bersiar-siar di kawasan tasik Putrajaya menaiki bot persiaran Cruise Tasik Putrajaya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: