PETALING JAYA: Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu berjanji tidak akan melukakan hati isteri-isterinya lagi terutamanya selepas Adira melahirkan anak mereka pada Mac depan.
Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 39, berkata, dia mahu memberi perhatian kepada pembesaran anak-anaknya yang kini sudah memasuki tiga orang hasil perkahwinan bersama isteri pertama yang dikenali sebagai Datin Red.
"Kehidupan kami bahagia sekarang, saya sudah bertaubat dan berjanji tidak mahu buat hal lagi yang menyakitkan hati mereka (Adira dan isteri pertama).
"Saya mahu beri perhatian kepada zuriat-zuriat saya yang sedang membesar kerana saya seorang yang terlalu sayangkan anak dan tidak sabar menunggu kelahiran anak keempat saya," ujarnya.
Adnan diminta mengulas tentang persiapan menyambut cahaya mata terbaharunya hasil perkahwinan bersama penyanyi Adira.
Usahawan hartanah itu berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Sementara itu, Adnan berkata, dia sudah mempunyai nama untuk bakal bayi perempuannya iaitu Anggerik.
"Persiapan menyambut orang baru sudah siap sepenuhnya, namun saya beli kelengkapan secara ala kadar sahaja kerana tidak mahu berabis dan terlalu membazir.
"Nama pun saya sudah pilih iaitu Anggerik, saya suka nama klasik seperti ini kerana ia tidak terlalu panjang sehingga 'berbelit' lidah nak sebut," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: