Monday, February 13, 2017

Madonna Ambil Pasangan Kembar Sebagai Anak Angkat




Madonna bersama dua anak angkat baharunya, pasangan kembar Esther dan Stella. Foto Instagram @madonna
PENYANYI terkenal Madonna mengumumkan ahli keluarganya kini bertambah apabila mengambil sepasang kembar dari Malawi sebagai anak angkat.
Madonna turut memuat naik gambar pasangan kembar itu yang dikenali sebagai Esther dan Stella dan memberitahu bersyukur proses mengambil kanak-kanak berkenaan sudah pun selesai.

"Gembira untuk saya maklumkan mereka kini adalah sebahagian daripada keluarga saya," katanya seperti dilaporkan E! Online.

Dua minggu lalu Madonna menerusi pengurusnya menafikan sedang dalam proses mengambil anak angkat selepas berita berkenaan tersebar luas.

Penyanyi berusia 58 tahun itu sebelum ini pernah mengambil dua anak angkat dari Malawi iaitu David Banda dan Mercy James yang kedua-duanya berusia 11 tahun.

Madonna juga mempunyai dua anak kandung iaitu Lourdes Maria Ciccone Leon, 20 dan Rocco Ritchie, 17 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: