Saturday, June 8, 2013

Asrama pelajar tahfiz terbakar


SHAIFUDIN memeriksa keadaan biliknya yang turut musnah dalam kebakaran di asrama pelajar Pusat Pendidikan Islam Al-Irsyad, Batu 10, Jalan Labu, Seremban semalam.


SEREMBAN – Nasib para pelajar tahfiz al-Quran di Pusat Pendidikan Islam Al-Irsyad, Batu 10, Jalan Labu di sini tidak menentu selepas sebahagian blok yang menempatkan asrama pelajar hangus dalam satu kebakaran kelmarin.
Kejadian pada pukul 9.30 malam itu turut menyebabkan bilik pengetua yang terletak bersebelahan asrama, musnah bersama beberapa dokumen penting.
Bagaimanapun ketika kejadian, semua 45 penghuni asrama yang terdiri daripada pelajar lelaki tiada di asrama kerana cuti penggal persekolahan.
Pengetuanya, Shaifudin Maulup berkata, ketika kejadian, beliau menghadiri satu majlis di Tampin sebelum dihubungi isterinya.
“Selepas mendapat panggilan, saya terus pulang dan ketika tiba di sekolah, saya lihat anggota bomba sibuk memadamkan kebakaran.
“Saya sedih sebab banyak buku agama, kitab lama dan dokumen penting musnah, lebih-lebih lagi memikirkan nasib para pelajar yang akan menyambung pelajaran pada minggu depan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: