Pengarah Jais, Datuk Marzuki Husin berkata, ketua kumpulan dipercayai seorang guru sebuah sekolah menengah di sini turut ditahan dan siasatan teliti terhadapnya masih dilakukan.
Menurutnya, kumpulan dipercayai ditubuhkan pada 2008 itu bergerak aktif dengan keahlian seramai 30 orang.
Menurutnya, pihaknya yang menerima maklumat orang awam sejak bulan lalu itu mendapati premis itu dijadikan lokasi kelas mengajar agama tanpa tauliah dan memperkenalkan doktrin palsu.
“Kesemua suspek boleh ditahan di bawah Seksyen 12 (C) Melanggar Fatwa, Seksyen 7 Doktrin Palsu, Sek 13 Penerbitan dan Seksyen 119 Enekmen Pentadbiran (mengajar tanpa tauliah) di mana kesemuanya di bawah Enakmen Jenayah Syariah.
“Siasatan masih dilakukan dan pihak kami tidak menolak kemungkinan sekiranya bersalah ajaran kumpulan itu bertentangan dengan Islam,” katanya ketika ditemui di kawasan kedai sewa dalam operasi berkenaan di sini, malam kelmarin.
Marzuki berkata, serbuan mendapat kerjasama polis, penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) yang memaklumkan bahawa kumpulan itu mengadakan kegiatan mereka setiap malam Selasa dan Sabtu di sini.
Sementara itu, seorang pengusaha kedai berhampiran yang ditemui Sinar Harian memaklumkan bahawa kumpulan itu menyewa di tingkat dua bangunan sejak beberapa tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: