Sunday, June 9, 2013

150 penghuni berasa kecewa


NORZILAH menunjukkan kesan kebocoran air dan lantai retak yang berlaku di rumahnya, di Kota Kinabalu semalam.


KOTA KINABALU – Seramai 150 penghuni kediaman Universiti Kondo Apartmen 2 (UCA2) di sini melahirkan rasa kecewa apabila rumah idaman yang belum setahun diduduki berdepan dengan pelbagai masalah.
Selain berdepan struktur bangunan yang retak, mereka juga terkilan apabila janji pemaju terhadap promosi jualannya sebelum ini langsung tidak ditepati.
Wakil penduduk, Mohd. Soffian Eting, 40, berkata, antara masalah dihadapi ialah rumah yang diduduki mengalami kebocoran, bumbung siling jatuh, saluran longkang tersumbat, rekahan dan mendapan di beberapa blok kediaman.
“Kebanyakan pembeli menaruh harapan tinggi untuk tinggal dengan selesa setelah mula memasuki rumah masing-masing sekitar Ogos dan September tahun lalu.
“Memang kami agak rasa terkilan kerana terdapat kerosakan dan keretakan di sana sini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Mohd. Soffian memberitahu, UCA2 yang belum sepenuhnya diduduki penghuni itu mempunyai 2,464 unit rumah yang dibeli antara harga RM160,000 hingga RM208,000 bagi setiap unit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: