
Drama 26 episod ini, mengisahkan Ryan sebagai pewaris harta ayahnya yang bernilai RM50 juta. Dari situ, Ryan mula berubah. Sebelum itu, Ryan merupakan seorang jurutera komputer dan dikenali sebagai seorang yang pendiam dan hanya menumpukan perhatian pada kerja telah bertukar corak dan lagak apabila duit bagai ‘ditabur’ di depan mata.
Dia mula menjadi lelaki idaman setiap gadis yang dikenalinya. Ryan sudah punya hobi baru iaitu perlumbaan kereta. Sering dikejar wanita cantik yang rata-ratanya hanya mahukan harta Ryan. Dia mula leka dan berseronok dengan kekayaan yang telah dimilikinya tanpa memikirkan masa depannya.
Namun, semua kesenangan dan kebahagiaan yang dikecapnya terhenti di tengah jalan. Ryan menghadapi pelbagai masalah dan mulalah konflik dalaman menghantui dirinya. Oleh sebab hartanya yang banyak, Ryan juga menjadi buruan dan sering diancam bunuh oleh orang yang tidak dikenalinya.
Bermulalah episod derita dalam diri Ryan. Segala rasa takut, sedih dan marah telah menghantui dirinya. Dia juga mula mengetahui mengapa arwah ayahnya sering mendapat kawalan ketat serta mendapat tahu punca kematian ayahnya. Apa pula rahsia arwah ayahnya yang membuatkan dia menjadi tidak menentu. Adakah dia terpaksa memikul sesuatu yang berat sebagai pewaris harta kekayaan arwah ayahnya.
Drama terbitan Global Station ini akan menemui peminat pada setiap Khamis jam 9.30 malam di TV2.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: