Friday, January 16, 2009

Pelakon maki produser filem


PERANGAI manusia memang sukar diduga. Kata orang, rambut sama hitam tapi dalam hati lain pula ceritanya. Sama ada orang biasa atau artis, masing-masing mempunyai perangai baik dan buruk. Baru-baru ini, SS bertemu dengan seorang produser filem yang mengadu pada SS, perangai seorang pelakon lelaki yang pernah berhutang budi dengannya kini hidup seperti hilang kawalan.

Kata produser itu, pelakon itu sebelum ini tidak pernah mengundang masalah khusus membabitkan soal kerja. Kerjasama antara mereka berjalan lancar dan beberapa filem lalu berjaya mencatatkan keuntungan hingga diberi bonus. Namun, sejak beberapa bulan lalu, perangai pelakon ini mula berubah.

SS pun pernah dengar cerita yang sama mengenai perangai pelakon ini yang berubah secara tiba-tiba. SS yang berlagak seperti penyiasat persendirian mula mengorek cerita sebenar. Rupanya pelakon ini berubah perangai kerana ada sebab dengan kisah peribadi iaitu cinta.

Pelakon ini pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon yang bergandingan bersamanya.

Namun, setiap kali percintaan mereka baru berputik tiba-tiba ia menjadi layu. Pelakon ini pun cari pengganti baru tetapi nasib yang sama kembali berulang.

SS tidak mahu halang soal cinta pelakon itu tetapi apa yang SS terkejut bila produser itu beritahu pelakon itu maki dia dengan perkataan kesat akibat gagal hadir ke lokasi penggambaran salah satu projek mereka bersama. Pelakon itu dikatakan tertekan dengan kisah peribadi sendiri sampai gagal mengawal emosi lalu prestasi kerja turut terjejas.

Namun, produser ini bijak dalam mengatur strategi sendiri untuk berhadapan dengan masalah berkenaan. Produser ini tidak mahu pening kepala sebaliknya hanya tutup telefon bimbit apabila dimaki

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: