Tuesday, May 23, 2017

UNIC Hafal Rap Sampai Dalam Mimpi



Tahniah UNIC raih gelaran juara Gema Gegar Vaganza malam Ahad.
KEMENANGAN di luar jangkaan kumpulan nasyid UNIC menerusi program Gema Gegar Vaganza yang berlangsung pada malam Ahad meninggalkan kesan cukup mendalam kepada kesemua anggotanya.
Mana tidaknya, sepanjang seminggu lalu mereka bertungkus lumus menghafal lirik lagu nyanyian asal Syamsul Yusof dan Mawi iaitu Kalah Dalam Menang yang memerlukan mereka menyanyi secara rap.
Pendek kata, setiap masa mereka mendengar lagu itu untuk menghafal bahagian rap malah sampai terbawa-bawa dalam mimpi.
"Bayangkan kami penyanyi nasyid hendak kena menyanyi secara rap! Tetapi kami sahut juga kerana itulah cabarannya. Memang sepanjang minggu lalu ulang-ulang dengar lagu itu tidak kira masa dan waktu sampai lepas solat pun rap juga!
"Alhamdulillah kami berjaya juga lakukannya sehingga bergelar juara dan jangan terkejut kalau kami rap lagi selepas ini," kata Fakhrul mewakili UNIC.
Selain Fakhrul, UNIC turut dianggotai oleh Bazli dan Nadji.
Pada peringkat akhir, UNIC menyampaikan dua buah lagu iaitu Ainul Mardhiah dan Kalah Dalam Menang di pusingan battle berjaya meraih gelaran juara dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Persembahan UNIC pada minggu pertama lalu.
Manakala kumpulan Hijjaz ditempat kedua dan Mirwana ketiga. Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM25,000 berserta trofi.
Sementara itu, Fakhrul berkata, kemenangan UNIC sebenarnya adalah rezeki hasil pengorbanan salah seorang anggotanya iaitu Bazli yang sedang diuji apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Syahid, 4, disahkan menghidap kanser limfoma dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Beritahunya lagi, mereka memandang tinggi semangat dan komitmen ditunjukkan oleh Bazli dalam pertandingan itu yang langsung tidak pernah patah semangat walaupun mereka sedar hatinya luluh mengenangkan keadaan Syahid.
"Bayangkan kalau kita sendiri anak demam sudah mampu buat kita tidak tentu hala, apatah lagi Syahid yang menghidap kanser namun Bazli sentiasa tenang.
"Sepanjang pertandingan tidak pernah sekali kami melihat Bazli mengeluh atau pun memberi alasan walaupun kami tahu dia sedang menghadapi situasi sukar ketika ini.
Sebaliknya dialah orang yang paling sibuk dan mengambil berat tentang persembahan UNIC dan dalam pada masa yang sama dia perlu menjaga Syahid.
"Kemenangan ini sudah tentu adalah rezeki buat Syahid selain pengorbanan Bazli untuk UNIC," kata Fakhrul.
Sementara itu, Bazli berkata, dia menganggap dugaan menimpa keluarganya adalah kerana Allah sayangkannya dan tidak pernah sekali dia berasa kecewa.
Sebaliknya kata Bazli, dia ingin membuktikan disebalik musibah yang menimpa dia perlu cekal dan sentiasa kekal positif dalam apa juga keadaan.
"Apabila diuji itu sebenarnya kerana Allah sayangkan kita dan tidak seharusnya berasa kecewa tetapi perlu bangkit.
"Syahid adalah kekuatan dan inspirasi saya sepanjang tempoh bertanding dalam menjadi yang terbaik untuk membuatnya bangga dan kemenangan ini memang untuknya.
"Malah perkara pertama akan saya lakukan adalah ke hospital dan menciumnya dan memberitahu kepadanya saya berjaya menjadi juara," katanya.

1 comment:

  1. SELAMAT DATANG DI WWW.TOKO4D.NET
    *** 1 USER ID UNTUK SEMUA GAME ***
    SPORTBOOK | LIVECASINO | E-GAMES | TOGEL | POKER | SABUNGAYAM
    Toko4d Tersedia 8 Pasaran Terbaik...
    Discount : 2D : 29% | 3D : 59% | 4D : 66%
    www.prediksitogeltoko4dd.blogspot.com
    - Singapore
    - Sydney
    - Hongkong
    - Magnum4d
    - Kuching
    - Wales
    - Serbia
    - Petaling
    Promo Terbaru TOKO4D.NET :
    - Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
    - Bonus Deposit Sportbook 30% Setiap Hari
    - Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
    - Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
    - Bonus Cashback Sabungayam 15%
    - Bonus Cashback Sportbook 15%
    - Bonus Cashback E-Games 20%
    - Bonus Cashback Mixparlay 100%
    - Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
    - Bonus Referall 2% Semua Game
    - Bonus Referall 1% dari member Togel
    MIN DEPO & WD CUMA Rp.50.000,-
    BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON
    UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
    LIVECHAT TOKO4D.NET 24 JAM ONLINE
    Pin BBM : D8AEF213 | 2BAA30F5
    LINE : TOKO4D
    WECHAT : TOKO4DCS1
    SKYPE : TOKO4D
    GMAIL : toko4d@gmail.com
    WA +855973820012

    Togel Online
    Kasino Online
    Agen Sabung Ayam
    Judi Casino
    Agen Casino
    Agen Togel
    Judi Togel
    Agen Judi
    Judi Online
    Judi Casino
    Agen Casino
    Judi Bola
    Agen Bola

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: