KUANTAN – Kajian lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin, di sini berjaya menghasilkan produk membunuh jentik-jentik menggunakan biji betik.
Produk dinamakan Charica itu dihasilkan Nur Farhah Hany Fakarudin, Aiman Musyrif Ahmad Sharifuddin, Nurul Adlina Zamrol, Muhammad Luqman Kahairi dan Amierul Haadif Azhari, April tahun lalu.
Wakilnya, Nur Farhah Hany berkata, kajian produk tersebut dilaksanakan susulan penularan wabak demam denggi yang semakin meningkatkan di kawasan taman perumahan terutama di sekitar sekolah mereka.
“Kami lihat nyamuk aedes semakin banyak, ia perlu dihapuskan sejak daripada jentik-jentik lagi, jadi sebab itu kami melakukan kajian untuk menghasilkan produk ini. Ternyata ia membuahkan hasil positif,” katanya.
Dia berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Pameran Advanced Innovation and Engineering 2017 (AINEX 2017) di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, kelmarin.
Sempena program itu, produk Charica berjaya memenangi tempat kedua bagi kategori sekolah dan membawa pulang wang tunai RM250, medal dan sijil penyertaan.
Nur Farhah berkata, produk itu adalah hasil campuran ekstrak biji betik dan daun pandan tanpa sebarang campuran bahan kimia seperti produk lain.
“Ia langsung tidak berbahaya kepada kesihatan manusia dan amat berkesan membunuh jentik-jentik termasuk di dalam akuarium tanpa membunuh ikan.
“Jadi, produk ini amat sesuai untuk digunakan di rumah sekali gus tidak perlu bimbang jika kanak-kanak terminum kerana ia tidak memberi kesan terhadap kesihatan manusia,” katanya.
Sementara itu, Charica merupakan hasil idea dan pandangan bernas guru dan rakan-rakan pelajar yang sentiasa bertungkus-lumus tanpa mengira masa untuk menghasilkan produk itu.
“Setakat ini, kami tidak lagi memasarkannya di mana-mana kerana masih dalam peringkat prototaip.
“Kami juga ada merancang untuk paten dan pasarkan produk ini, namun setakat ini ia masih di peringkat kajian,” katanya.