KEMBALI bekerjasama, pelakon berbakat besar, Amar Asyraf berharap Izara Aishah terus berlakon walaupun sudah berumah tangga kelak.
Menurut Amar, bintang filem J Revolusi itu mempunyai bakat lakonan luar biasa dan tidak seharusnya disia-siakan.
“Dia (Izara) adalah pelakon yang bagus dan berbakat besar.
“Saya enjoy berlakon dengan dia malah komitmen dan disiplin yang diberikannya harus diberi pujian.
“Biasanya, ramai pelakon wanita akan berhenti berlakon selepas berkahwin.
“Jadi, saya harap dia akan terus berlakon walaupun jarang-jarang,” katanya pada Media Hiburan.
Pasangan pelakon ini berlakon buat pertama kali menerusi drama Kasih Najihah pada 2011.
Kini, Amar dan Izara kembali bergandingan menerusi telefilem Ramadan Terindah Nuraini sempena Ramadan ini di TV3.
“Saya kembali berlakon dengan dia selepas enam tahun. Ini kali kedua dia menjadi heroin saya.
“Saya lihat prestasi lakonan Izara semakin meningkat dan bagus.
“Sebagai rakan lakon, saya memang puji dengan bakat lakonannya.
“Saya sedar ramai pelakon wanita sangat berdedikasi dalam bekerja. Cuma saya jarang memuji orang, jadi istimewa sedikit pujian ini,” katanya.
Selain mereka, telefilem arahan Ellie Suriaty itu turut menampilkan Pablo Amirul, Chacha Maembong, Kunie, Azri Iskandar dan Wilma Muhammad.
Pada masa sama, Amar juga bakal muncul menerusi drama komedi Menantu Bilal di samping Chacha Maembong, Nazira Sardi, Syazwan Zulkifli, Talha Harith dan Ruhainies, juga sempena Ramadan di TV3.
“Jika tiada aral melintang, saya juga akan mula menjalani penggambaran filem Blok 404 sepanjang bulan puasa ini,” katanya.
Dalam pada itu, Amar juga bakal sibuk menguruskan perniagaan pakaian sendiri melalui jenama Vox Poluli Empire by Amar Asyraf sepanjang Ramadan ini.
“Saya baru saja mengeluarkan baju yang berkonsepkan fesyen jalanan dan ia memang sesuai untuk golongan working class.
“Harganya sangat berpatutan bahkan pilihan fabrik sangat selesa.
“Selain buka reruai dan mengikut pelbagai karnival di seluruh negara, saya juga menjualnya melalui online di Instagram,” katanya yang akan kembali aktif berteater selepas sambutan Aidilfitri nanti.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: