Thursday, May 11, 2017

Girls Generation Paling Popular Di Rusia



KUMPULAN artis dari Korea iaitu Girls Generation menduduki tempat pertama dalam senarai grup wanita paling popular di negara Rusia.
Senarai yang dibuat berpandukan kajian oleh VK community Ranking berdasarkan bulan Januari hingga Mei 2017.
Biarpun seorang ahli mereka iaitu Jessica membuat keputusan keluar daripada grup ini, namun populariti yang dikecapi dengan lapan ahli masih sama.
Grup Girls Generation itu ditubuhkan pada tahun 2007 berada di bawah pengurusan agensi S.M Entertainment.
Tempat kedua pula diraih oleh grup pendatang baharu Black Pink yang muncul dengan empat lagu semakin mendapat tempat dan mempunyai pengikut tersendiri.
Selain itu, tempat ketiga diduduki oleh rakan satu agensi dengan Girls Generation iaitu Red Velvet.
Sementara itu tempat seterusnya diduduki oleh Twice, f(x), T-ara, Sistar, dan AOA.