Monday, May 15, 2017

"Anak Jadi 'Poyo' Kalau Ada Instagram" - Faezah Elai



Faezah Elai bersama anak sulungnya yang comel iaitu Dealova Heyrinna. Foto Instagram @faezahelai
SENARIO selebriti membuka akaun Instagram untuk anak bukan sesuatu yang baharu.
Lihat sahaja anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana yang mempunyai 2.7 juta pengikut di Instagram manakala Yusof Iskandar anak kepada Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dengan 1.3 juta pengikut.
Tidak ketinggalan anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang mempunyai hampir 400 ribu pengikut di laman sama.
Anak-anak itu juga aktif dalam bidang seni sehingga ada yang mempunyai rancangan realiti sendiri selain menjadi duta produk.
Bagaimanapun bagi aktres Faezah Elai, dia langsung tidak terfikir untuk membuka Instagram buat dua anak perempuannya iaitu Dealova Heyrinna, 4, dan Aurora Heyrinna (setahun lima bulan).
Faezah kini menghadkan aktiviti lakonan.
Jelasnya, selain tidak mahu mendedahkan anak-anaknya dengan laman sosial kerana mereka masih kecil, dia juga tidak merasakan mempunyai masa untuk mengemaskini akaun itu nanti.
"Tak kuasa! Instagram saya sendiri pun saya kadang-kadang malas hendak kemaskini apatah lagi untuk anak-anak.
"Kalau saya hendak muat naik gambar mereka pun biarlah di Instagram saya sahaja dan tidak perlulah sampai hendak buka Instagram mereka.
"Nanti kalau mereka ada Instagram sendiri dan dikenali orang, mereka jadi 'poyo' pula. Biarlah mereka mereka membesar secara normal," katanya.
Tambahnya lagi, dia juga tidak berminat untuk menerima sebarang tawaran sekiranya ada pihak yang ingin mengambil anaknya berlakon atau pun sebagai duta produk.
"Kalau ada tawaran untuk anak-anak, saya tidak berminat untuk bagi mereka terlibat dalam bidang seni. Biarlah saya sahaja yang terlibat dalam bidang ini," ujarnya.
Faezah bakal muncul dengan telefilem berjudul Selimut Merdeka.
Sementara itu, Faezah berkata, dia memang mengehadkan aktiviti lakonannya kerana tumpuan kini kepada keluarga dan anak-anaknya.
Bagaimanapun kata pelakon filem Cun itu dia masih berlakon tetapi hanya mengambil projek yang tidak memerlukan dia berada di lokasi terlalu lama.
"Memang sayang dengan karier lakonan tetapi saya sayang lagi dengan anak-anak.
"Saya masih berlakon cuma tidak seaktif dahulu dan sekarang ini banyak berlakon dibawah arahan suami kerana senang hendak menyusun jadual.
"Kalau drama episod dan perlu menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur memang saya tolak," jelasnya.
Dalam pada perkembangan lain, Faezah berkata, dia bakal memasuki set penggambaran sebuah telefilem berjudul Selimut Merdeka.

1 comment:

  1. SELAMAT DATANG DI WWW.TOKO4D.NET
    *** 1 USER ID UNTUK SEMUA GAME ***
    SPORTBOOK | LIVECASINO | E-GAMES | TOGEL | POKER | SABUNGAYAM
    Toko4d Tersedia 8 Pasaran Terbaik...
    Discount : 2D : 29% | 3D : 59% | 4D : 66%
    www.prediksitogeltoko4dd.blogspot.com
    - Singapore
    - Sydney
    - Hongkong
    - Magnum4d
    - Kuching
    - Wales
    - Serbia
    - Petaling
    Promo Terbaru TOKO4D.NET :
    - Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
    - Bonus Deposit Sportbook 30% Setiap Hari
    - Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
    - Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
    - Bonus Cashback Sabungayam 15%
    - Bonus Cashback Sportbook 15%
    - Bonus Cashback E-Games 20%
    - Bonus Cashback Mixparlay 100%
    - Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
    - Bonus Referall 2% Semua Game
    - Bonus Referall 1% dari member Togel
    MIN DEPO & WD CUMA Rp.50.000,-
    BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON
    UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
    LIVECHAT TOKO4D.NET 24 JAM ONLINE
    Pin BBM : D8AEF213 | 2BAA30F5
    LINE : TOKO4D
    WECHAT : TOKO4DCS1
    SKYPE : TOKO4D
    GMAIL : toko4d@gmail.com
    WA +855973820012

    Togel Online
    Kasino Online
    Agen Sabung Ayam
    Judi Casino
    Agen Casino
    Agen Togel
    Judi Togel
    Agen Judi
    Judi Online
    Judi Casino
    Agen Casino
    Judi Bola
    Agen Bola

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: