SHANGHAI - CHINA. Dua lelaki dituduh masak dan makan seekor angsa hitam yang dicuri mereka di sebuah taman rekreasi di Shanghai.
Penduduk yang tinggal berhampiran taman rekreasi Xujiahui menyedari seekor daripada lima angsa hitam yang berada di dalam tasik hilang, lapor Radio and Television Shanghai.
Rakaman kamera pengawasan menunjukkan mereka mencuri angsa berkenaan pada lewat malam.
Dua lelaki yang namanya tidak didedahkan, pada mulanya bercadang untuk menangkap ikan namun terhalang oleh rondaan keselamatan di taman.
Angsa berkenaan mati sebelum tiba di rumah dan mereka kemudian merebus dan membekukan angsa berkenaan.
Pada hari berikutnya, barulah mereka memasak angsa berkenaan bersama-sama lobak namun hanya makan separuh dari daging haiwan itu kerana rasanya tidak enak.
Kedua lelaki itu ditahan polis kerana memburu dan membunuh spesies yang dilindungi, petik laporan itu.